awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
Masjid Al-Aqsa dibuka semula untuk solat Jumaat selepas 40 hari ditutup
SPRM teliti dokumen aduan dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM sahkan insiden keracunan makanan di SK Cyberjaya

Bernama
Bernama
31/07/2023
13:20 MYT
KKM sahkan insiden keracunan makanan di SK Cyberjaya
Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengesahkan berlaku insiden keracunan makanan melibatkan 24 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Cyberjaya pada 27 Julai lepas. - Gambar hiasan
CYBERJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengesahkan berlaku insiden keracunan makanan melibatkan 24 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Cyberjaya di sini pada 27 Julai lepas.
Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni berkata 24 murid itu mengalami simptom keracunan makanan seperti cirit-birit dan sekarang telah sembuh serta kembali bersekolah.
"Mereka telah mendapat rawatan di klinik swasta berdasarkan siasatan yang kita jalankan," katanya tanpa mendedahkan sama ada sumber makanan daripada kantin membawa kepada punca keracunan makanan itu.
Laporan sebuah akhbar tempatan semalam mendakwa lebih 50 pelajar SK Cyberjaya mengalami simptom keracunan makanan seperti muntah dan cirit-birit selepas menjamah nasi lemak dan ayam goreng di kantin sekolah berkenaan.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan program 'Malaysia Suicide Awareness Voice of Hope' (MySAVE) di sini hari ini, Lukanisman berkata siasatan sedang dijalankan mengikut peruntukan di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) termasuk menutup kantin sekolah berkenaan sehingga 10 Ogos.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KKM
#keracunan makanan
#SK Cyberjaya
#Lukanisman Awang Sauni
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan