awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jurang pelaksanaan dasar perlu ditangani demi kepercayaan rakyat - Azam Baki
Pengurusan strategik hadapi fenomena "Hydroclimatic Whiplash" - Sultan Nazrin
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Vaisakhi, Selamat Tahun Baharu Tamil
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Arab Saudi: Menteri Luar Pakistan, Arab Saudi bincang perkembangan serantau dan antarabangsa di Islamabad

Bernama
Bernama
29/03/2026
16:19 MYT
Konflik Arab Saudi: Menteri Luar Pakistan, Arab Saudi bincang perkembangan serantau dan antarabangsa di Islamabad
Ishaq Dar (kanan) berjabat tangan dengan Putera Faisal bin Farhan Al Saud pada pertemuan kedua-dua diplomat tertinggi itu di di Islamabad, pada Ahad. - Foto Ministry of Foreign Affairs - Pakistan
Menteri Luar Pakistan, Ishaq Dar dan rakan sejawatnya dari Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud pada Ahad membincangkan "perkembangan serantau dan antarabangsa yang sedang berlaku" di tengah-tengah konflik Asia Barat yang kini memasuki bulan kedua, lapor Anadolu Ajansi.
Kedua-dua diplomat tertinggi itu menekankan "kepentingan dialog, diplomasi dan usaha kolektif untuk mempromosikan keamanan, keselamatan, serta kestabilan di rantau ini," menurut kenyataan Kementerian Luar Pakistan.
Mereka mengulangi komitmen untuk penglibatan yang lebih erat dan bersetuju untuk terus bekerjasama di peringkat dua hala dan pelbagai hala bagi "memperkukuh lagi kerjasama serta menyumbang kepada keamanan dan kemakmuran serantau."
Kedua-dua pihak turut "menyemak hubungan dua hala dan membincangkan usaha bersama berhubung perkembangan serantau," lapor Kementerian Luar Arab Saudi menerusi platform media sosial X.
Putera Faisal kemudiannya diraikan oleh Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
Sharif memberi jaminan bahawa "Pakistan akan sentiasa berganding bahu dengan Arab Saudi" dan turut mengulangi "solidariti serta sokongan penuh tanpa berbelah bahagi Pakistan" terhadap negara Asia Barat itu.
Putera Faisal kini dalam rangka lawatan ke Islamabad bagi menyertai mesyuarat empat hala peringkat menteri luar untuk membincangkan usaha pengantaraan bagi menamatkan konflik di Asia Barat.
Rantau berkenaan kini berada dalam keadaan berjaga-jaga sejak Israel dan Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan terhadap Iran pada 28 Feb, yang setakat ini telah mengorbankan lebih 1,300 orang termasuk Pemimpin Agung, Ayatollah Ali Khamenei.
Iran telah membalas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, Jordan, Iraq, dan negara-negara Teluk yang menempatkan aset tentera AS, sehingga mengakibatkan kemalangan jiwa dan kerosakan infrastruktur, selain menjejaskan pasaran global serta penerbangan.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Pakistan
#Arab Saudi
#bincang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan