awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Insiden jet pejuang AS ditembak jatuh tidak jejas rundingan, kata Trump

Naz Raseed
Naz Raseed
03/04/2026
23:43 MYT
Konflik Asia Barat: Insiden jet pejuang AS ditembak jatuh tidak jejas rundingan, kata Trump
Presiden Trump menegaskan, insiden jet pejuang AS yang ditembak jatuh oleh Iran tidak akan menjejaskan rundingan yang didakwanya sedang berlangsung antara kedua-dua pihak. - Gambar Reuters
Presiden Donald Trump menegaskan, insiden jet pejuang Amerika Syarikat (AS) yang ditembak jatuh oleh Iran tidak akan menjejaskan rundingan yang didakwanya sedang berlangsung antara kedua-dua pihak.
Menurut Presiden AS itu, insiden sedemikian disifatkan sebagai sebahagian daripada realiti konflik ketenteraan dan tidak memberi kesan kepada usaha diplomatik yang sedang berjalan.
“Kejadian ini tidak memberi kesan kepada rundingan yang sedang berlangsung. Ini merupakan satu daripada situasi peperangan,” katanya dalam temu bual bersama NBC News
Dalam pada itu, Trump enggan mengulas lanjut mengenai operasi mencari dan menyelamat susulan insiden berkenaan, dengan alasan ia melibatkan maklumat sensitif ketenteraan Amerika Syarikat.
Mengulas lanjut, beliau turut melahirkan rasa tidak puas hati terhadap liputan media yang menurutnya memberi tumpuan berlebihan kepada usaha mengesan kru pesawat berkenaan.
Sementara itu, jurucakap White House, Karoline Leavitt memaklumkan kepada CNN bahawa Trump telah diberi taklimat penuh mengenai insiden tersebut, yang melibatkan pesawat pejuang jenis F-15E Strike Eagle ditembak jatuh di ruang udara Iran.
Dalam perkembangan berkaitan, The New York Times melaporkan sebuah lagi pesawat Tentera Udara Amerika Syarikat, iaitu A-10 Thunderbolt II, turut terhempas di kawasan Teluk Parsi pada waktu yang hampir sama.
Selain itu, dalam temu bual berasingan bersama The Independent, Trump berkata, beliau tidak dapat mengulas mengenai sebarang tindakan yang mungkin diambil sekiranya juruterbang yang dilaporkan hilang berada dalam keadaan bahaya.
Beliau dalam ucapannya turut menyatakan harapan agar perkara sedemikian tidak pernah berlaku, dan tiada anggota Amerika Syarikat yang akan dijadikan sebagai tawanan oleh Iran atau sekutunya.
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#jet pejuang AS
#Donald Trump
#rundingan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan