awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Iran akan henti serang negara jiran, bertindak hanya jika diserang - Presiden

Bernama
Bernama
07/03/2026
09:33 MYT
Konflik Asia Barat: Iran akan henti serang negara jiran, bertindak hanya jika diserang - Presiden
Masoud mengatakan Iran "tidak berniat untuk menceroboh negara lain." - Gambar fail/Reuters
Presiden Iran berkata pada Sabtu negaranya akan menghentikan serangan terhadap negara jiran melainkan serangan dilancarkan terhadap Iran dari wilayah mereka, lapor Anadolu Ajansi, memetik Press TV yang dikendalikan kerajaan.
“Majlis pimpinan sementara mengumumkan semalam bahawa tidak akan ada lagi serangan ke atas negara jiran dan tiada pelancaran peluru berpandu melainkan serangan berasal dari negara-negara tersebut terhadap Iran,” kata Masoud Pezeshkian dalam ucapan di televisyen kepada rakyat Iran.
Beliau juga memohon maaf kepada negara jiran, ketika ketegangan serantau kian meningkat, mengatakan Iran "tidak berniat untuk menceroboh negara lain."
Pezeshkian juga menolak jangkaan bahawa Iran akan menyerah tanpa syarat, mengatakan bahawa mereka yang mempunyai harapan sedemikian "akan membawa impian mereka ke kubur."
Iran pada 28 Feb melancarkan peluru berpandu dan dron ke arah Israel dan negara-negara Teluk yang menempatkan aset tentera Amerika Syarikat.
Menurut Tehran, ia sebagai tindak balas terhadap kempen ketenteraan AS-Israel terhadap Iran pada Sabtu lepas yang telah membunuh ratusan orang, termasuk Pemimpin Tertinggi Ali Khamenei dan pegawai tinggi tentera.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#Iran
#Masoud Pezeshkian
#serangan
#Israel
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan