awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Iran benarkan enam kapal Bangladesh lalui Selat Hormuz

Bernama
Bernama
01/04/2026
16:24 MYT
Konflik Asia Barat: Iran benarkan enam kapal Bangladesh lalui Selat Hormuz
Majlis Keselamatan Iran telah memberikan kebenaran kepada enam kapal Bangladesh yang terkandas untuk melalui Selat Hormuz. - Gambar fail AP
Duta Iran ke Bangladesh, Jalil Rahimi Jahanabadi pada Rabu berkata, Majlis Keselamatan Iran telah memberikan kebenaran kepada enam kapal Bangladesh yang terkandas untuk melalui Selat Hormuz, lapor United News of Bangladesh (UNB).
Bangladesh dan Iran sedang bekerjasama bagi memastikan kapal-kapal berkenaan pulang dengan selamat, katanya kepada pemberita di Kedutaan Iran.
Beliau turut menyatakan bahawa Menteri Luar Bangladesh, Dr Khalilur Rahman, telah mengutus surat kepada sejawatnya dari Iran pada Selasa bagi merakamkan penghargaan atas bantuan Iran dalam penghantaran pulang rakyat Bangladesh dari negara itu dengan selamat.
Sambil menyifatkan hubungan antara kedua-dua negara sebagai akrab, Duta itu berkata, Iran menganggap Bangladesh sebagai negara bersaudara dan mengharapkan sokongan bersama ketika menghadapi waktu sukar.
Memetik Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), beliau berkata, pencerobohan oleh sesebuah negara terhadap negara lain adalah haram, dan mendakwa, Iran merupakan mangsa pencerobohan sedemikian.
Sambil menekankan identiti Bangladesh sebagai negara majoriti Islam serta keanggotaannya dalam PBB dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Duta itu berkata, Iran mengharapkan Bangladesh mengutuk sekeras-kerasnya apa yang disifatkan beliau sebagai pencerobohan serta pembunuhan wanita dan kanak-kanak.
-- BERNAMA-UNB
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Iran
#Bangladesh
# Selat Hormuz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan