awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IEA beri amaran Eropah mungkin hadapi kekurangan bahan api jet dalam beberapa minggu
PM Australia berlepas pulang, akhiri lawatan rasmi ke Malaysia
Konflik Asia Barat: Usah perlekehkan usaha diplomasi Perdana Menteri - Tunku Nashrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Islamabad perketat kawalan keselamatan menjelang rundingan AS–Iran

Astro AWANI
Astro AWANI
11/04/2026
05:50 MYT
Konflik Asia Barat: Islamabad perketat kawalan keselamatan menjelang rundingan AS–Iran
Pihak berkuasa tempatan mengumumkan penutupan beberapa kawasan strategik, termasuk Zon Merah yang menempatkan bangunan kerajaan dan kedutaan asing, bagi memastikan kelancaran mesyuarat peringkat tinggi berkenaan. -Gambar fail/Reuters
Kawalan keselamatan ketat dilaksanakan di ibu negara Pakistan, di sini, hari ini, bagi memberi laluan kepada pusingan rundingan diplomatik antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran yang dijangka memberi kesan penting terhadap perkembangan konflik di Asia Barat.
Pihak berkuasa tempatan mengumumkan penutupan beberapa kawasan strategik, termasuk Zon Merah yang menempatkan bangunan kerajaan dan kedutaan asing, bagi memastikan kelancaran mesyuarat peringkat tinggi berkenaan.
Langkah itu diambil selepas delegasi daripada kedua-dua negara dilaporkan tiba di Islamabad untuk memulakan rundingan yang diadakan dengan pengantaraan kerajaan Pakistan.
Memetik kenyataan rasmi, perintah kawalan keselamatan tersebut turut melibatkan penutupan jalan-jalan utama serta penempatan aset keselamatan di beberapa lokasi kritikal bagi mengelakkan sebarang gangguan sepanjang proses diplomatik berlangsung.
Pemerhati antarabangsa melihat rundingan berkenaan sebagai peluang penting untuk mencapai kemajuan dalam usaha gencatan senjata dan kestabilan serantau, susulan konflik yang berlarutan sejak beberapa minggu lalu.
Pakistan sebelum ini menyatakan komitmen untuk memudah cara dialog antara kedua-dua pihak, dengan matlamat mengurangkan keganasan dan menamatkan pertumpahan darah di rantau berkenaan.
Setakat ini, delegasi AS yang diwakili pegawai kanan pentadbiran White House dan delegasi Iran dilaporkan mengadakan perbincangan awal secara berasingan dengan pihak pengantara.
Situasi di Islamabad dilaporkan kekal terkawal namun berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi, sementara komuniti antarabangsa terus memantau perkembangan rundingan yang dijangka berlanjutan hingga hujung minggu ini.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Iran
#Pakistan
#rundingan diplomatik
#konflik Asia Barat
#keselamatan
#Islamabad
#gencatan senjata Buletin AWANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan