awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Kerajaan tubuh Pusat Arahan Komunikasi salur maklumat usaha tangani krisis tenaga global

Khalis Khadir
Khalis Khadir
01/04/2026
08:35 MYT
Konflik Asia Barat: Kerajaan tubuh Pusat Arahan Komunikasi salur maklumat usaha tangani krisis tenaga global
Fahmi (foto) berkata, langkah ini sebagai pendekatan lebih agresif kerajaan dalam memastikan maklumat yang disampaikan kepada rakyat tepat, tersusun dan tidak bercelaru ketika dunia berdepan ketegangan geopolitik yang semakin memuncak. -Gambar Bernama
Kerajaan bersetuju menubuhkan sebuah Pusat Arahan Komunikasi bagi menyampaikan maklumat rasmi berkaitan tindak balas terhadap krisis tenaga global dan situasi konflik Asia Barat.
Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pusat berkenaan akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dengan sidang media khas berkemungkinan berlangsung setiap hari bermula esok.
"Pada peringkat awal kemungkinan taklimat diadakan setiap hari bermula jam 4 petang. Ini bertujuan menyelaras aspek komunikasi kerajaan, terutama berkaitan respons dan langkah yang diambil oleh kerajaan serta agensi berkaitan susulan krisis tenaga global dan situasi konflik di rantau ini," katanya semasa sidang media mingguan di Angkasapuri Kota Media, di sini, pada Rabu.
Jelasnya, langkah itu sebagai pendekatan lebih agresif kerajaan dalam memastikan maklumat yang disampaikan kepada rakyat tepat, tersusun dan tidak bercelaru ketika dunia berdepan ketegangan geopolitik yang semakin memuncak.
Dalam perkembangan berkaitan, Fahmi berkata, Jemaah Menteri turut memutuskan agar Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan bersama Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir bertemu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi Kewangan dan Ekonomi dalam masa terdekat.
Menurut beliau, pertemuan itu bertujuan membentangkan pandangan serta langkah yang telah dirangka kerajaan setakat ini bagi menangani kesan perkembangan di Asia Barat dan krisis tenaga global terhadap ekonomi negara.
Sementara itu, Jemaah Menteri turut dimaklumkan bahawa beberapa mesyuarat ASEAN tahun ini akan dilaksanakan secara dalam talian, kecuali pertemuan melibatkan ketua-ketua kerajaan.
Antara yang terdekat ialah Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN yang akan diadakan secara dalam talian, selari dengan langkah berjaga-jaga susulan situasi geopolitik semasa.
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Fahmi Fadzil
#Pusat Arahan Komunikasi
#MTEN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan