awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perbicaraan baharu dibuka dalam kes kematian Maradona
Letupan dandang di loji tenaga India ragut 10 nyawa, 40 cedera
Bot bawa lebih 250 migran tanpa dokumen tenggelam di Laut Andaman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: KLM lanjutkan penangguhan penerbangan ke Dubai, Riyadh dan Dammam hingga 17 Mei

Astro AWANI
Astro AWANI
19/03/2026
16:57 MYT
Konflik Asia Barat: KLM lanjutkan penangguhan penerbangan ke Dubai, Riyadh dan Dammam hingga 17 Mei
Sebelum ini, KLM mengumumkan penggantungan penerbangan ke Dammam, Riyadh dan Dubai sehingga 28 Mac serta ke Tel Aviv sehingga 11 April. - Gambar fail

KLM Royal Dutch Airlines pada Khamis berkata, syarikat itu tidak akan menyambung semula penerbangan ke Dubai, Riyadh dan Dammam sehingga 17 Mei, dengan alasan pertimbangan keselamatan susulan perang Amerika Syarikat-Israel di Iran yang masih berterusan.

Menurut Anadolu Ajansi, syarikat penerbangan Belanda itu berkata keselamatan penumpang dan anak kapal kekal sebagai keutamaan utama serta mereka terus memantau rapat situasi berkenaan sambil berhubung dengan pihak berkuasa berkaitan.

Sebelum ini, syarikat itu mengumumkan penggantungan penerbangan ke Dammam, Riyadh dan Dubai sehingga 28 Mac serta ke Tel Aviv sehingga 11 April.

Langkah itu dibuat ketika beberapa syarikat penerbangan antarabangsa utama turut melanjutkan penangguhan penerbangan ke destinasi utama di Teluk susulan ketegangan keselamatan serantau yang berterusan.

British Airways, Cathay Pacific dan Aegean Airlines antara syarikat penerbangan yang melanjutkan penggantungan ke beberapa hab Teluk sehingga sekurang-kurangnya April atau Mei, manakala Eurowings melanjutkan beberapa pembatalan sehingga akhir Jun.

KLM tidak mendedahkan jumlah penerbangan atau penumpang yang terjejas akibat penangguhan lanjutan itu.

-- BERNAMA-ANADOLU

Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#KLM
#syarikat penerbangan
#Dubai
#tangguh penerbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan