awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Stesen minyak kehabisan stok kes terpencil, bekalan negara mencukupi – Anthony Loke
Kebakaran SMU Darul Ulum: PM arah tindakan segera, utamakan keselamatan pelajar
Menteri kecewa, berang hampir setiap minggu gangguan perkhidmatan tren
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Langkah penjimatan untuk pastikan dana diguna bagi keperluan luar jangka

Bernama
Bernama
11/03/2026
13:26 MYT
Konflik Asia Barat: Langkah penjimatan untuk pastikan dana diguna bagi keperluan luar jangka
Loke berkata, perbelanjaan kerajaan tidak dipotong, sebaliknya ia dioptimumkan dan diprioritikan kepada perkara yang memberi impak positif kepada rakyat serta menjaga kesejahteraan mereka. - Gambar fail
Langkah kerajaan melaksanakan penjimatan dan mengawal perbelanjaan berikutan ketidaktentuan ekonomi global akibat konflik di Asia Barat bertujuan memastikan dana sedia ada dapat digunakan bagi keperluan mendesak serta luar jangka.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kerajaan perlu bersiap sedia dengan segala aspek perancangan bagi menghadapi kemungkinan kesan konflik berkenaan terhadap ekonomi negara.
“Itu sebabnya antara keputusan yang telah pun dicapai pada mesyuarat Jemaah Menteri ialah kita cuba mengawal perbelanjaan yang discretionary (tidak mendesak).
“Umpamanya, majlis perayaan tahun ini untuk Aidilfitri tidak diadakan untuk memastikan dana tersebut dapat ditabung, dapat disimpan untuk kegunaan yang mungkin lebih mendesak,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan, Paduan Kasih MADANI dan Ihya Ramadan Kementerian Pengangkutan (MOT) 2026 di sini semalam.
Loke berkata perbelanjaan kerajaan untuk tujuan pembangunan dan sosioekonomi termasuk projek pembangunan serta bantuan kepada rakyat akan diteruskan seperti dirancang.
“Perbelanjaan kerajaan tidak dipotong, sebaliknya ia dioptimumkan dan diprioritikan kepada perkara yang memberi impak positif kepada rakyat serta menjaga kesejahteraan mereka,” katanya.
Meskipun tiada sambutan rumah terbuka Aidilfitri, beliau menyarankan supaya majlis kecil-kecilan dapat diadakan di peringkat jabatan agar kemeriahan Syawal dapat dirasai.
“Jadi walaupun kita tak akan adakan majlis rumah terbuka tetapi tidak bermaksud kita tidak meraikan ataupun kita tidak merayakan antara satu sama lain,” katanya.
Sementara itu, Loke berkata MOT kini memantau dengan teliti perkembangan konflik di Asia Barat kerana ia merupakan nadi kepada laluan perdagangan dan tenaga dunia.
Beliau berkata sebarang konflik di rantau berkenaan mempunyai kesan rantaian langsung terhadap ekonomi dan sistem pengangkutan dunia.
“Kita harus menjangkakan kemungkinan berlaku gangguan dalam tempoh penghantaran barangan import,” katanya.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata semua kementerian, agensi serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak akan menganjurkan majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri tahun ini, sebagai langkah berjimat cermat susulan ketidaktentuan ekonomi global akibat konflik di Asia Barat.
Perdana Menteri berkata keputusan yang dipersetujui Jemaah Menteri itu bertujuan memberi mesej jelas bahawa kerajaan komited mengambil pendekatan lebih sederhana dan berhemat dalam perbelanjaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#kawal perbelanjaan
#Asia Barat
#ketidaktentuan ekonomi global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan