awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Malaysia pelbagaikan sumber bekalan tenaga, usaha kurang kebergantungan Selat Hormuz

Yasmin Ahmad
Yasmin Ahmad
25/03/2026
07:24 MYT
Konflik Asia Barat: Malaysia pelbagaikan sumber bekalan tenaga, usaha kurang kebergantungan Selat Hormuz
Anwar mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) hari ini. - Gambar/ X Anwar Ibrahim
Malaysia berusaha memastikan keterjaminan bekalan tenaga, termasuk mempelbagaikan sumber dan meneroka laluan alternatif bagi mengurangkan kebergantungan kepada laluan berisiko seperti Selat Hormuz, dalam menghadapi kesan konflik Asia Barat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan melaksanakan beberapa langkah intervensi awal yang proaktif dan menyeluruh dengan segera bagi memastikan ketahanan ekonomi negara terus terpelihara.
Katanya, perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang dipengerusikannya hari ini.
"Walaupun masih dalam suasana perayaan Aidilfitri, kesejahteraan rakyat khususnya kos sara hidup kekal menjadi keutamaan Kerajaan MADANI.
"Situasi ini akan terus dipantau rapi, dengan maklumat disalurkan secara telus kepada rakyat. Dalam mendepani cabaran ini, ketenangan, disiplin dan semangat kebersamaan amat penting untuk memastikan negara kekal stabil dan berdaya tahan," katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.
Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bil. 3/2026 bagi meneliti perkembangan geopolitik semasa, tekanan ekonomi global serta implikasi keselamatan susulan konflik di Asia Barat.Walaupun masih dalam suasana perayaan Aidilfitri, kesejahteraan rakyat… pic.twitter.com/bK092Qmp0W
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) March 25, 2026
Topic Berkaitan
#Perang Iran-Israel 2026
#Konflik Timur Tengah Terkini
#Malaysia
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan