awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Malaysia peroleh laluan selamat untuk kapal di Selat Hormuz

Bernama
Bernama
06/04/2026
18:08 MYT
Konflik Asia Barat: Malaysia peroleh laluan selamat untuk kapal di Selat Hormuz
Kementerian Luar pada Selasa mengesahkan bahawa sebuah daripada tujuh kapal komersial milik Malaysia yang sebelum ini terkandas di Selat Hormuz.
Kementerian Luar pada Selasa mengesahkan bahawa sebuah daripada tujuh kapal komersial milik Malaysia yang sebelum ini terkandas di Selat Hormuz berikutan perkembangan situasi di Asia Barat telah diberikan laluan selamat dan kini sedang menuju ke destinasi terakhirnya.
Dalam satu kenyataan, kementerian yang juga dikenali sebagai Wisma Putra berkata, hasil positif itu adalah susulan penglibatan diplomatik peringkat tinggi.
Ini termasuk perbualan telefon yang konstruktif antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian pada 26 Mac serta antara Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dengan sejawatnya dari Iran, Abbas Araghchi pada 24 Mac.
“Malaysia kekal komited terhadap prinsip kebebasan navigasi, keselamatan dan jaminan laluan maritim, selaras dengan undang-undang antarabangsa.
Malaysia juga menegaskan semula kepentingan dialog yang berterusan dan penglibatan diplomatik dalam menangani cabaran serantau serta mengekalkan keamanan dan kestabilan,” menurut kenyataan itu.
Pada Isnin, Kedutaan Iran di Malaysia memaklumkan bahawa kapal pertama Malaysia telah melalui Selat Hormuz.
“Kami telah menyatakan bahawa Republik Islam Iran tidak melupakan rakan-rakannya,” menurut hantaran kedutaan itu di platform X.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Iran
#Wisma Putra
# Selat Hormuz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan