awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Malaysia tidak bayar sebarang tol lalui Selat Hormuz - Fahmi

Bernama
Bernama
01/04/2026
09:29 MYT
Konflik Asia Barat: Malaysia tidak bayar sebarang tol lalui Selat Hormuz - Fahmi
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata perkara itu dibentangkan Petronas dan diteliti dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) semalam dan mendapati maklumat yang tersebar berkemungkinan berpunca daripada kekeliruan warganet terhadap t

Kerajaan menegaskan bahawa Malaysia tidak membayar sebarang tol bagi laluan kapal Petronas melalui Selat Hormuz, sekali gus menafikan dakwaan tular di media sosial.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata perkara itu dibentangkan Petronas dan diteliti dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) semalam dan mendapati maklumat yang tersebar berkemungkinan berpunca daripada kekeliruan warganet terhadap tajuk berita tertentu.

“Kita mengambil maklum kita ada beberapa kapal (Petronas) yang masih dalam perjalanan dan pada ketika ini menunggu giliran untuk melepasi Selat Hormuz, kita tidak membayar apa-apa tol seperti yang didakwa.

“… mungkin (berpunca) tajuk berita yang telah disalah erti oleh warganet, tapi kita tidak membayar apa-apa tol dan pada waktu ini keadaan masih terkawal," katanya pada sidang media mingguan di sini, hari ini.

Mengulas penyebaran grafik palsu berkaitan harga minyak, Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI berkata pengumuman rasmi harga mingguan RON95, RON97 dan diesel hanya dibuat oleh Kementerian Kewangan pada setiap Rabu.

"Biasanya (maklumat hanya) akan diterbitkan selepas 6 petang setiap Rabu. Selain daripada pengumuman rasmi Kementerian Kewangan, sebarang grafik atau maklumat lain yang disebarkan adalah tidak benar atau palsu," katanya.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Malaysia
#tidak bayar tol
#Fahmi Fadzil
#Selat Hormuz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan