awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Malaysia tidak bersedia berdepan impak tenaga, keselamatan - Penganalisis

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
19/03/2026
12:43 MYT
Konflik Asia Barat: Malaysia tidak bersedia berdepan impak tenaga, keselamatan - Penganalisis
Malaysia juga perlu mula mencari alternatif bekalan minyak dengan mengambil kira kemungkinan bekalan yang melalui Selat Hormuz terjejas untuk jangka masa yang lebih panjang. - Gambar fail/Reuters
Malaysia tidak berada dalam keadaan bersedia untuk berdepan dengan impak negatif konflik besar seperti yang berlaku di Asia Barat ketika ini.
Ketua Pusat Pengurusan Pengetahuan IRIS Institute, Muhammad Wafiq Azman berkata kekurangan persediaan itu dapat dilihat dalam pelbagai domain ekonomi termasuk tenaga, makanan, pengangkutan dan keselamatan.
“Akhirnya apabila berlaku konflik, kita akan sangat terkesan. Jika kita lihat kepada dividen PETRONAS contohnya, yang memang sebelum perang telah tunjukkan penurunan, apalagi dengan situasi perang hari ini, kita dapat lihat ia akan beri kesan kepada kekuatan fiskal kita.
“Pada saya, perlu jujur, lihat kepada Malaysia, sebelum perang kita belum cukup bersedia sebelum berlaku konflik besar seperti perang di Iran. (Kurang persediaan) Ini merentas domain. Bukan sekadar tenaga, tetapi daripada sudut makanan dan pengangkutan. Bahkan daripada sudut keselamatan juga kita tidak betul-betul bersedia,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Tiga Penjuru pada Khamis.
Dalam pada itu, Provost Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai bersetuju bahawa ekonomi terbuka negara telah menyebabkan kebergantungan kepada perdagangan global lebih tinggi.
Tambahnya, Malaysia juga perlu mula mencari alternatif bekalan minyak dengan mengambil kira kemungkinan bekalan yang melalui Selat Hormuz terjejas untuk jangka masa yang lebih panjang.
“Kita import minyak daripada Arab Saudi 34 peratus, Emiriah Arab Bersatu (UAE) 20 peratus, dan Qatar sembilan peratus. Jika pasaran mereka ditutup kerana mereka tidak dapat hantar bekalan, kita akan terpaksa bergantung kepada negara-negara lain yang mungkin ada syarat yang tidak sesuai dengan kita,” jelasnya.
Serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran sejak 28 Februari lalu telah menyebabkan Iran mengambil tindakan menutup laluan perkapalan di Selat Hormuz.
Selat Hormuz merupakan laluan air yang penting secara strategik yang terletak di pintu masuk Teluk Parsi. Koridor pengangkutan itu menghubungkan pengeluaran minyak dan gas asli cecair (LNG) Asia Barat ke pasaran global melalui Laut Arab dan Lautan Hindi.
Laluan itu mengendalikan penghantaran kira-kira 20 juta tong minyak dan produk petroleum sehari, selain menyumbang sekitar satu pertiga daripada keseluruhan minyak mentah yang diangkut melalui laut.
Situasi ini telah menyebkan harga minyak mentah global naik melepasi USD100 setong. Setakat Khamis, minyak mentah Brent didagangkan pada USD114 setong, berbanding kira-kira USD72 setong pada 27 Februari.

Dialog Tiga Penjuru: Mengapa dunia harus menekan AS hentikan segera perang?

Topic Berkaitan
#ekonomi
#Amerika Syarikat
#Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan