awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: NATO pintas peluru berpandu keempat dari Iran - Kementerian Pertahanan Turkiye

Agensi
Agensi
30/03/2026
21:36 MYT
Konflik Asia Barat: NATO pintas peluru berpandu keempat dari Iran - Kementerian Pertahanan Turkiye
Gambar yang diedarkan Pejabat Akhbar Kementerian Pertahanan Nasional Turkiye pada 12 Mac 2026 ini menunjukkan anggota tentera Türkiye menunggu di hadapan pangkalan tentera Incirlik di Adana.
Kementerian Pertahanan Turkiye memaklumkan bahawa pasukan Pertahanan Udara NATO telah memintas sebutir lagi peluru berpandu balistik yang didakwa dilepaskan dari Iran, menjadikannya insiden keempat sejak konflik AS–Israel dengan Iran tercetus pada 28 Februari.
Menurut kementerian itu, kesemua empat peluru berpandu yang dikesan tidak pernah mengenai wilayah Turkiye.
Dalam kenyataan rasmi, Turkiye berkata, peluru berpandu berkenaan telah memasuki ruang udara negara itu sebelum berjaya dineutralkan oleh sistem pertahanan udara NATO yang ditempatkan di Mediterranean Timur.
Sebagai anggota NATO yang berkongsi sempadan dengan Iran, Turkiye setakat ini terselamat daripada serangan balas Tehran yang menyasarkan beberapa negara Asia Barat lain sepanjang perang berlangsung.
Presiden Recep Tayyip Erdogan sebelum ini menegaskan bahawa keutamaan Ankara adalah memastikan Turkiye tidak terlibat secara langsung dalam konflik tersebut.
“Mengelakkan negara kita daripada ditarik masuk ke dalam bahang perang ini adalah keutamaan nombor satu,” kata Erdogan.
Iran nafi bertanggungjawab
Walaupun Turkiye menyatakan peluru berpandu itu datang dari Iran, Kedutaan Iran di Ankara menafikan perkara tersebut dan menawarkan penubuhan pasukan penyiasat bersama bagi mengenal pasti sumber sebenar pelancaran misil.
Di sebalik penafian Iran, Turkiye minggu lalu mengumumkan bahawa NATO akan menambah sebuah bateri pertahanan udara Patriot di Pangkalan Udara Incirlik di selatan Turkiye - pangkalan yang turut menempatkan anggota tentera Amerika Syarikat. - Agensi
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Turkiye
#peluru berpandu Iran
#NATO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan