awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Pakistan sambut baik gencatan senjata, rundingan susulan di Islamabad Jumaat ini

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
08/04/2026
00:36 MYT
Konflik Asia Barat: Pakistan sambut baik gencatan senjata, rundingan susulan di Islamabad Jumaat ini
Perdana Menteri Shehbaz (gambar) menjemput delegasi Amerika Syarikat dan Iran ke Islamabad pada 10 April ini bagi menghadiri Perbincangan Islamabad’, dengan matlamat mencapai perjanjian muktamad bagi menyelesaikan semua pertikaian. - Gambar fail
Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif mengumumkan, Iran dan Amerika Syarikat bersama sekutu masing-masing telah bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta di semua kawasan konflik termasuk Lubnan.
Menurut beliau, gencatan senjata itu berkuat kuasa serta-merta sebagai langkah penting ke arah meredakan ketegangan di rantau Asia Barat.
“Saya dengan penuh rendah hati mengumumkan bahawa Republik Islam Iran dan Amerika Syarikat bersama sekutu masing-masing telah bersetuju kepada gencatan senjata serta-merta,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Shehbaz turut menyambut baik keputusan tersebut dan merakamkan penghargaan kepada kepimpinan kedua-dua negara atas kesediaan mereka untuk mencapai penyelesaian secara damai.
Beliau turut menjemput delegasi kedua-dua pihak ke Islamabad pada 10 April ini bagi menghadiri rundingan lanjut yang dikenali sebagai ‘Perbincangan Islamabad’, dengan matlamat mencapai perjanjian muktamad bagi menyelesaikan semua pertikaian.
Menurutnya, kedua-dua pihak telah menunjukkan kebijaksanaan serta komitmen tinggi dalam usaha memupuk keamanan dan kestabilan serantau.
Tambah beliau, Pakistan berharap rundingan itu akan membuahkan hasil positif ke arah keamanan berkekalan, selain memberi bayangan lebih banyak perkembangan baik dijangka diumumkan dalam masa terdekat.
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#gencatan senjata
#Perbincangan Islamabad
#Pakistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan