awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Pemimpin tertinggi Iran beri bayangan "fasa baharu" dalam pengurusan Selat Hormuz

Bernama
Bernama
10/04/2026
02:42 MYT
Konflik Asia Barat: Pemimpin tertinggi Iran beri bayangan "fasa baharu" dalam pengurusan Selat Hormuz
Mojtaba Hosseini turut memberi amaran bahawa Iran kekal bersedia untuk bertindak balas terhadap sebarang pencerobohan baharu.
Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Seyyed Mojtaba Hosseini Khamenei berkata, dalam satu perutusan pada Khamis bahawa pengurusan Selat Hormuz akan “memasuki fasa baharu”, sambil menegaskan bahawa Tehran akan menuntut pampasan bagi semua kerugian berkaitan perang, lapor Anadolu Ajansi.
Perutusan yang dikeluarkan pejabatnya pada hari ke-40 sejak kematian bapanya, bekas Pemimpin Tertinggi Ayatollah Ali Khamenei, menyifatkan pemergiannya sebagai “tamparan hebat" kepada rakyat Iran, serta antara detik paling menyakitkan dalam sejarah mutakhir negara itu.
Perutusan itu menggambarkan fasa semasa sebagai kesinambungan perjuangan dan legasi bapanya.
Mojtaba Hosseini berkata, Iran akan bergerak ke arah fasa strategik baharu berkaitan Selat Hormuz.
“Pengurusan Selat Hormuz sudah pasti akan memasuki fasa baharu,” katanya tanpa memberi sebarangan perincian.
Mojtaba Hosseini menegaskan, Iran akan menuntut pertanggungjawaban dari segi undang-undang dan harta benda terhadap kerosakan yang berlaku.
“Kami sama sekali tidak akan membiarkan penceroboh yang menyerang negara kami terlepas tanpa hukuman,” kata beliau.
Mojtaba Hosseini berkata, Iran akan “menuntut pampasan bagi semua kerosakan, termasuk darah para syahid dan mereka yang cedera.”
Kenyataan itu dibuat ketika Iran bersiap sedia untuk berunding dengan Amerika Syarikat (AS) di Pakistan, yang dijangka bermula pada Sabtu di bawah pengantaraan Pakistan.
Iran berkata, rundingan itu bertujuan memuktamadkan butiran perjanjian yang berpotensi dimeterai, sambil menegaskan bahawa ia tidak bermakna konflik telah berakhir.
Mojtaba Hosseini turut memberi amaran bahawa Iran kekal bersedia untuk bertindak balas terhadap sebarang pencerobohan baharu.
“Tangan kami tetap berada di picu,” katanya, sambil menegaskan bahawa sebarang kesilapan oleh pihak lawan akan dibalas dengan tindak balas tegas.
Rantau itu terus berada dalam keadaan berjaga-jaga sejak Israel dan AS melancarkan serangan ke atas Iran pada 28 Feb, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 3,000 orang, termasuk bekas pemimpin tertingginya.
Tehran kemudian bertindak balas dengan melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, Jordan, Iraq serta negara-negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS, sekali gus menyebabkan kemalangan jiwa, kerosakan infrastruktur serta gangguan kepada pasaran global dan penerbangan.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Selat Hormuz
#fasa baharu
#pengurusan Selat Hormuz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan