awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam keluar amaran risiko wabak meningokokus selepas empat kes kematian
Pesta Songkran bermula di Thailand ketika suhu dijangka cecah 40 darjah Celsius
BTS mulakan jelajah dunia Arirang dengan 132,000 peminat di Goyang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Pertahanan udara UAE pintas lima peluru berpandu balistik, 35 UAV

Bernama
Bernama
01/04/2026
16:42 MYT
Konflik Asia Barat: Pertahanan udara UAE pintas lima peluru berpandu balistik, 35 UAV
Pertahanan udara Emiriah Arab Bersatu (UAE) memintas lima peluru berpandu balistik dan 35 pesawat tanpa pemandu (UAV) yang dilancarkan dari Iran, pada Rabu. - Gambar fail/ Reuters
Pertahanan udara Emiriah Arab Bersatu (UAE) memintas lima peluru berpandu balistik dan 35 pesawat tanpa pemandu (UAV) yang dilancarkan dari Iran, pada Rabu lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).
Sejak bermulanya serangan terang-terangan Iran, pertahanan udara UAE telah memintas sebanyak 438 peluru berpandu balistik, 19 peluru berpandu jelajah dan 2,012 UAV.
Serangan berkenaan mengakibatkan dua anggota angkatan tentera terkorban ketika menjalankan tugas negara, selain kematian seorang warga Maghribi yang merupakan kontraktor Angkatan Tentera, serta sembilan lagi kematian membabitkan warga Pakistan, Nepal, Bangladesh, Palestin dan India.
Seramai 190 orang turut mengalami kecederaan yang merangkumi kecederaan ringan, sederhana dan parah.
Mangsa yang cedera termasuk warga UAE, Mesir, Sudan, Ethiopia, Filipina, Pakistan, Iran, India, Bangladesh, Sri Lanka, Azerbaijan, Yaman, Uganda, Eritrea, Lubnan, Afghanistan, Bahrain, Comoros, Turkiye, Iraq, Nepal, Nigeria, Oman, Jordan, Palestin, Ghana, Indonesia, Sweden dan Tunisia.
Kementerian Pertahanan menegaskan bahawa pihaknya kekal dalam kesiapsiagaan sepenuhnya untuk menangani sebarang ancaman dan akan menentang sekeras-kerasnya sebarang cubaan yang bertujuan menggugat keselamatan negara, demi memastikan perlindungan kedaulatan, keselamatan, kestabilan serta menjaga kepentingan dan keupayaan nasional.
-- BERNAMA-WAM
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#UAE
#pemintasan
#peluru berpandu balistik
#uav
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan