awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Suruhanjaya Eropah gesa AS, Iran kembali ke meja rundingan selesai krisis Selat Hormuz

Astro AWANI
Astro AWANI
24/03/2026
07:20 MYT
Konflik Asia Barat: Suruhanjaya Eropah gesa AS, Iran kembali ke meja rundingan selesai krisis Selat Hormuz
Ursula von der Leyen (foto) menegaskan bahawa sebarang tindakan yang menjejaskan kebebasan pelayaran di laluan strategik itu perlu dihentikan serta-merta kerana ia boleh membawa kesan besar kepada ekonomi global. -Gambar fail
Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen, menggesa Amerika Syarikat dan Iran untuk segera kembali ke meja rundingan bagi menamatkan peperangan yang semakin meruncing di Asia Barat serta ketegangan di sekitar Selat Hormuz.
Dalam kenyataan pada Selasa, beliau menegaskan bahawa sebarang tindakan yang menjejaskan kebebasan pelayaran di laluan strategik itu perlu dihentikan serta-merta kerana ia boleh membawa kesan besar kepada ekonomi global.
Menurutnya, usaha diplomasi adalah satu-satunya jalan bagi mengelakkan konflik daripada terus merebak.
“Kami amat bimbang dengan perkembangan di rantau ini. Semua pihak mesti menurunkan suhu konflik dan kembali ke meja rundingan.
"Tindakan menghalang kapal komersial atau meningkatkan ketegangan ketenteraan hanya akan memburukkan keadaan,” katanya.
Von der Leyen turut menegaskan bahawa kenaikan harga minyak dan gas yang direkodkan sejak bermulanya pertempuran menunjukkan betapa rapuhnya rantaian tenaga global ketika ini.
Justeru, penyelesaian politik yang berkekalan perlu dicapai segera bagi meminimumkan risiko gangguan ekonomi yang lebih besar.
“Kestabilan rantau ini sangat penting. Hanya penyelesaian diplomatik boleh menjamin keselamatan, mengurangkan ketidakpastian pasaran dan mengelakkan impak lebih buruk kepada ekonomi dunia,” katanya.
Topic Berkaitan
#Ursula von der Leyen
#Suruhanjaya Eropah
#Iran
#Amerika Syarikat
#Selat Hormuz
#diplomasi
#konflik Asia Barat
#EU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan