awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Taklimat khas bersama kepimpinan negeri, parti politik minggu depan - PM Anwar

Astro AWANI
Astro AWANI
27/03/2026
08:33 MYT
Konflik Asia Barat: Taklimat khas bersama kepimpinan negeri, parti politik minggu depan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada pengamal media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, hari ini. - Foto Bernama
Kerajaan merancang menghimpunkan kepimpinan tertinggi pentadbiran setiap negeri, termasuk barisan pimpinan parti politik, dalam satu sesi taklimat khas yang dijangka berlangsung minggu depan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata taklimat yang akan dikendalikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) itu bertujuan membincangkan langkah bersama bagi memastikan kemampanan ekonomi dan keselamatan negara, susulan ketidaktentuan di Asia Barat.
“Kita bersyukur kerana situasi yang dihadapi negara tidak serumit beberapa negara jiran. Setakat ini, belum ada keperluan untuk catuan, harga RON95 tidak menunjukkan peningkatan mendadak dan bekalan masih mencukupi sehingga Mei. Keadaan juga dipantau setiap hari,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat bersama orang ramai di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, di sini hari ini.
Mengulas cadangan pembangkang supaya satu sidang khas Dewan Rakyat diadakan bagi membincangkan kesan perkembangan di Asia Barat, Anwar menjelaskan perkara itu akan dipertimbangkan selepas kerajaan merangka pelan yang lebih konkrit hasil perbincangan bersama pemimpin negeri.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Majlis Keselamatan Negara (MKN)
#Majlis Tindakan Ekonomi Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan