awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Stesen minyak kehabisan stok kes terpencil, bekalan negara mencukupi – Anthony Loke
Kebakaran SMU Darul Ulum: PM arah tindakan segera, utamakan keselamatan pelajar
Menteri kecewa, berang hampir setiap minggu gangguan perkhidmatan tren
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Tentera Israel ceroboh selatan Lubnan, langgar resolusi PBB - UNIFIL

Bernama
Bernama
03/03/2026
17:42 MYT
Konflik Asia Barat: Tentera Israel ceroboh selatan Lubnan, langgar resolusi PBB - UNIFIL
UNIFIL memerhati tentera Israel melintasi kawasan sempadan selatan Lubnan, menyifatkan tindakan itu sebagai “pelanggaran” terhadap Resolusi 1701 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. - Gambar fail Bernama

Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bersatu (UNIFIL) memaklumkan pada Selasa bahawa pihaknya memerhati tentera Israel melintasi kawasan sempadan selatan Lubnan, menyifatkan tindakan itu sebagai “pelanggaran” terhadap Resolusi 1701 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Pasukan pengaman memerhati tentera Israel melintasi kawasan Lubnan berhampiran Markaba, Al Adeisse, Kfar Kela dan Ramyah sebelum kembali ke selatan Garisan Biru,” menurut kenyataan UNIFIL.
Misi pengaman itu berkata, sejak konflik terbaharu pada 2024, tentera Israel mengekalkan lima kedudukan dan dua zon penampan di dalam wilayah Lubnan, yang melanggar Resolusi 1701 Majlis Keselamatan PBB.
UNIFIL turut merekodkan beberapa serangan udara Israel, ratusan insiden tembakan merentasi Garisan Biru iaitu sempadan de facto serta 84 pelanggaran ruang udara dalam tempoh dua hari lepas.
Pada masa sama, puluhan roket dan peluru dilancarkan oleh Hezbollah ke arah Israel.
“Setiap insiden ini merupakan pelanggaran serius terhadap Resolusi 1701,” menurut UNIFIL, sambil berkata yang pihaknya meneruskan hubungan dengan Lubnan dan Israel melalui mekanisme penyelarasan bagi mengelak ketegangan.
Resolusi 1701 yang diterima pakai pada Ogos 2006 menggesa penghentian permusuhan antara Israel dan Hizbullah serta penubuhan zon bebas senjata antara Garisan Biru yang ditandakan PBB dan Sungai Litani, kecuali bagi tentera Lubnan dan UNIFIL.
Kenyataan itu menyusul selepas tentera Israel mengumumkan pada Selasa yang ia melancarkan operasi darat ke selatan Lubnan bagi mewujudkan “zon keselamatan” dan menempatkan pasukan di “lokasi strategik,” dengan alasan melindungi penempatan Israel daripada kemungkinan serangan dari dalam Lubnan.
Sekurang-kurangnya 52 orang terbunuh dan lebih 150 lagi cedera dalam serangan udara Israel di seluruh Lubnan sejak Isnin.
Ketegangan serantau meningkat selepas Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan berskala besar terhadap Iran pada Sabtu, yang dilaporkan mengorbankan hampir 800 orang termasuk Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Sebagai tindak balas, Tehran melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel serta negara Teluk yang menempatkan aset Amerika Syarikat.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#Perang Iran-Israel 2026
#konflik Asia Barat
#tentera Israel
#selatan Lubnan
#UNIFIL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan