awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perbicaraan baharu dibuka dalam kes kematian Maradona
Letupan dandang di loji tenaga India ragut 10 nyawa, 40 cedera
Bot bawa lebih 250 migran tanpa dokumen tenggelam di Laut Andaman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Tiada petunjuk gangguan bekalan tenaga negara - Akmal

Astro AWANI
Astro AWANI
10/03/2026
23:04 MYT
Konflik Asia Barat: Tiada petunjuk gangguan bekalan tenaga negara - Akmal
Kedudukan Malaysia sebagai pengeksport bersih tenaga memberi kelebihan semula jadi kepada ekonomi negara. - Gambar hiasan
Malaysia berada dalam kedudukan kukuh untuk memastikan bekalan petrol dan tenaga kekal stabil meskipun beberapa negara lain mula berdepan kekecohan mengenai bekalan bahan api susulan pergolakan pasaran minyak global.
Menteri Ekonomi, Akmal Nasir, dalam perkongsian di media sosial berkata pihaknya telah memanggil wakil PETRONAS, Bank Negara Malaysia (BNM), Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Wisma Putra, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta Kementerian Kewangan bagi mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai situasi semasa.
“Buat masa ini, tiada petunjuk mengenai sebarang gangguan terhadap bekalan tenaga domestik negara. Maknanya, bekalan minyak untuk kegunaan semua peringkat, industri mahupun kenderaan, adalah cukup,” katanya.
Menurut Akmal, kedudukan Malaysia sebagai pengeksport bersih tenaga memberi kelebihan semula jadi kepada ekonomi negara, sekali gus bertindak sebagai benteng daripada kejutan mendadak sekiranya berlaku gangguan bekalan atau kenaikan harga minyak dunia.
“Secara tidak langsung, Malaysia berada dalam kedudukan yang lebih baik berbanding banyak negara lain untuk menyerap impak tersebut,” katanya.
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa kerajaan sentiasa berwaspada terhadap perkembangan global susulan ketidaktentuan pasaran minyak yang dipengaruhi faktor geopolitik.
Harga minyak mentah dunia, katanya, dipantau pada setiap jam bagi memastikan sebarang perubahan dapat ditangani segera.
“Keutamaan segera kita adalah mengekalkan kestabilan ekonomi, mengekalkan keyakinan pelabur dan melindungi kesejahteraan rakyat serta perniagaan kecil,” kata Akmal.
Topic Berkaitan
#petrol
#minyak
#konflik Asia Barat
#Bekalan bahan api
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan