awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Tujuh kapal Malaysia tunggu 'lampu hijau’ Iran di Selat Hormuz

Sinar Harian
Sinar Harian
28/03/2026
05:37 MYT
Konflik Asia Barat: Tujuh kapal Malaysia tunggu 'lampu hijau’ Iran di Selat Hormuz
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Ahli Parlimen Rembau bercakap kepada media pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Kampung Tanjung, Rantau hari ini. - Foto Sinar Harian
Tujuh kapal Malaysia yang dilaporkan terkandas di Selat Hormuz bukannya ditahan, sebaliknya sedang menunggu kebenaran untuk melalui kawasan tersebut.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kesemua kapal tersebut akan dibenarkan melalui selat terbabit sebaik saja dipastikan keadaan di sana benar-benar selamat.
“Saya telah membuat langkah rundingan awal bersama rakan sejawat saya, perkara ini disusuli dengan panggilan oleh Perdana Menteri kepada Presiden Iran yang menguatkan lagi permohonan kita.
“Iran menyatakan tiada isu untuk membenarkan kapal kita melaluinya dan buat masa sekarang ini yang dilepaskan adalah kapal yang membawa kargo. Bagi kapal tangki, perlu tunggu dahulu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Rumah Terbuka Aidilfitrinya di Rantau, di sini pada Sabtu.
Jelas beliau, tujuh kapal tangki terbabit ialah tiga milik Petronas, dua MISC, satu Sapura Energy serta sebuah milik Syahpadu Corporation Sdn Bhd.
Mohamad berkata, komunikasi antara pusat arahan di Teheran dan komander di lapangan kadangkala terganggu akibat situasi konflik, menyebabkan pergerakan kapal perlu ditangguhkan sementara.
"Di Selat Hormuz itu keadaan amat tegang, semua nak keluar dan jika komunikasi tidak dibuat dengan baik boleh menyebabkan insiden tidak diingini berlaku.
"Kapal-kapal ini tak ditahan, tapi menunggu 'on' saja kerana arahan dari Tehran itu kadang-kadang tidak sampai kerana dalam keadaan perang, sistem komunikasi itu sangat sukar," katanya.
Tambahnya, kesemua kapal tersebut dijangka dibenarkan bergerak pada bila-bila masa bergantung kepada keadaan semasa yang ditentukan pihak Iran.
Terdahulu, media melaporkan tujuh kapal milik Malaysia dengan empat daripadanya sarat membawa muatan minyak mentah dilaporkan terkandas di Selat Hormuz dan belum dapat meneruskan pelayaran pulang ke negara ini.
Setiausaha Eksekutif Kesatuan Kebangsaan Pelaut-Pelaut Semenanjung Malaysia (NUSPM), Ikmal Azam Thanaraj Abdullah berkata, dua lagi adalah kapal pemasangan paip dan kapal sokongan luar pesisir. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kapal Malaysia
#Teluk Hormuz
#Menteri Luar
#Mohamad Hasan
#konflik Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan