awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jurang pelaksanaan dasar perlu ditangani demi kepercayaan rakyat - Azam Baki
Pengurusan strategik hadapi fenomena "Hydroclimatic Whiplash" - Sultan Nazrin
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Vaisakhi, Selamat Tahun Baharu Tamil
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Unjuran ekonomi makin mencabar, BNM rangka pelbagai senario

Khalis Khadir
Khalis Khadir
02/04/2026
13:17 MYT
Konflik Asia Barat: Unjuran ekonomi makin mencabar, BNM rangka pelbagai senario
Marzunisham Omar berkata, pihaknya tetap bersiap siaga dengan membangunkan beberapa senario dalam berdepan kesan konflik di Asia Barat. - Gambar fail
Bank Negara Malaysia (BNM) mengakui persekitaran ekonomi global kini sangat tidak menentu sehingga menjejaskan ketepatan sesuatu unjuran.
Bagaimanapun, Timbalan Gabenor BNM, Datuk Marzunisham Omar berkata, pihaknya tetap bersiap siaga dengan membangunkan beberapa senario dalam berdepan kesan konflik di Asia Barat.
“Selain itu, kami juga telah membangunkan dua senario alternatif yang banyak dipengaruhi oleh faktor seperti tempoh konflik, jangkaan harga minyak global, tahap kerosakan terhadap infrastruktur tenaga di Asia Barat, serta potensi gangguan rantaian bekalan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sesi wacana Ekonomi Malaysia dan Perbincangan Panel 2026 anjuran BNM, di sini, pada Khamis.
Jelasnya, dalam unjuran semasa, ekonomi global dijangka berkembang antara 2.7 hingga 3.2 peratus tahun ini disokong oleh dasar monetari dan fiskal yang kukuh.
Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Maybank Investment Bank, Suhaimi Ilias berkata, krisis ini bukan sekadar isu tenaga tetapi telah meluas kepada pelbagai sektor ekonomi.
“Walaupun berlaku penyusutan konflik di Asia Barat, persoalannya sama ada keadaan boleh kembali normal dengan cepat atau mengambil masa untuk memulihkan pengeluaran, khususnya minyak mentah selepas gangguan terhadap infrastruktur dan logistik.
“Selain itu, timbul persoalan sama ada Selat Hormuz akan kembali dibuka sepenuhnya kepada semua kapal,” ujarnya.
Dalam masa sama, Pakar Ekonomi Pusat Penyelidikan dan Latihan Bank-Bank Pusat Asia Tenggara, Dr Nur Ain Shahrier menegaskan, kesan krisis ini turut mempengaruhi corak persepsi masyarakat yang membentuk realiti ekonomi.
“Ketika ini kita berdepan kejutan bekalan seperti gangguan di Selat Hormuz, kenaikan harga minyak dan gangguan rantaian pengeluaran yang tidak boleh dikawal secara langsung melalui dasar monetari. Ini merupakan kesan pusingan pertama.
“Namun, sekiranya kejutan ini mula memberi kesan kepada penggunaan dan pelaburan, maka ia akan berkembang menjadi kesan pusingan kedua yang memberi impak lebih besar kepada ekonomi,” katanya.
Topic Berkaitan
#BNM
#Bank Negara Malaysia
#konflik Asia Barat
#krisis tenaga global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan