awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kos pembinaan bangunan di kawasan alami gempa bumi dijangka meningkat - Ahmad Maslan

Bernama
Bernama
07/03/2026
08:41 MYT
Kos pembinaan bangunan di kawasan alami gempa bumi dijangka meningkat - Ahmad Maslan
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata projek pembangunan di kawasan yang berada dalam Peta Zon Bencana Seismik Malaysia harus dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan bagi memastikan keselamatan struktur bangunan. - Foto B
Kos membina bangunan di kawasan yang terdedah kepada ancaman gempa bumi dijangka meningkat berikutan kaedah pembinaan serta spesifikasi struktur yang digunakan perlu lebih berdaya tahan terhadap bencana itu.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata projek pembangunan di kawasan yang berada dalam Peta Zon Bencana Seismik Malaysia harus dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan bagi memastikan keselamatan struktur bangunan.
“Kos ini akan meningkat disebabkan kaedah pembinaan yang berbeza termasuk dari segi ukuran, nisbah simen, besi dan sebagainya bagi memastikan ia mempunyai daya tahan gempa bumi,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Ahmad berkata beberapa siri gempa bumi yang berlaku tahun lepas di daerah Segamat, antaranya telah menyebabkan rekahan kecil di Hospital Segamat.
Sehubungan itu, Ahmad berkata faktor risiko gempa bumi perlu diambil kira dalam perancangan dan pembinaan bangunan sekali gus memastikan keselamatan orang ramai.
Beliau sebelum ini dilaporkan berkata sebanyak 15 bangunan kerajaan dikenal pasti mengalami kerosakan kecil dengan anggaran kos baik pulih berjumlah RM550,000 susulan gempa bumi lemah yang melanda daerah Segamat bermula 24 hingga 30 Ogos lepas.
Johor yang sebelum ini dianggap sebagai zon bebas gempa, menjadi tumpuan negara apabila beberapa siri gegaran melanda Segamat dan Batu Pahat pada penghujung Ogos hingga November lepas.
Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata pembinaan bangunan tambahan baharu di Hospital Pontian akan dilaksanakan dengan reka bentuk yang mengambil kira daya tahan terhadap gempa bumi.
Beliau berkata meskipun kejadian gempa bumi tidak berlaku di daerah Pontian, namun peningkatan kos pembinaan turut berlaku berikutan faktor bencana itu selain lokasinya yang terletak berhampiran laut.
Ahmad sebelum ini dilaporkan berkata projek pembinaan itu bernilai RM400 juta dan kini berada dalam fasa fast track bagi mempercepat pembinaan melibatkan empat blok utama termasuk kecemasan, hospital utama, tempat letak kereta dan blok kuarters.
Pada 15 Feb lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyempurnakan majlis pecah tanah pembinaan bangunan tambahan baharu hospital berkenaan.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#kos pembinaan
#bangunan
#kawasan gempa bumi
#Ahmad Maslan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan