awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bapa, anak cedera tercampak ke dalam longkang
Amazon tamatkan sokongan model Kindle lama mulai Mei 2026
Kes tetak di Triang: Polis tahan empat lagi suspek
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN Perak bongkar kegiatan seleweng barang kawalan, rampas lebih 5,000 liter diesel

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
10/04/2026
03:16 MYT
KPDN Perak bongkar kegiatan seleweng barang kawalan, rampas lebih 5,000 liter diesel
Pegawai penguat kuasa KPDN memeriksa pam dan tangki yang digunakan dalam sebuah lori. - Foto KPDN
Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak berjaya mematahkan aktiviti penyelewengan barang kawalan, dengan merampas 5,070 liter diesel di sebuah premis perniagaan kayu dan perkakasan di Kampung Raja Hitam, Ayer Tawar, semalam.
Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, serbuan kira-kira jam 12.30 pagi itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Penguat Kuasa KPDN Cawangan Manjung bersama Pasukan Polis Marin.
Menurutnya, hasil risikan mendapati premis tersebut dijadikan lokasi transit pengumpulan diesel secara tidak sah.
“Semasa serbuan, seorang lelaki tempatan dikesan sedang memindahkan cecair disyaki minyak diesel dari sebuah lori tiga tan ke dalam tangki IBC.
“Hasil pemeriksaan mendapati lori tersebut telah diubah suai dengan pemasangan tangki fiber tambahan di bahagian belakang,” katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata, terdapat lapan unit invois belian menunjukkan suspek melakukan pembelian berulang di stesen minyak yang sama di Sitiawan bagi mengumpul stok dalam kuantiti besar, sebelum dijual semula kepada pasaran industri.
Sehubungan dengan itu, katanya, satu tindakan kes telah diambil dengan menyita cecair disyaki minyak diesel sebanyak 5,070 liter, sebuah lori tiga tan, satu tangki skid, dua tangki IBC, dua unit pam elektrik, satu tangki fiber dan empat unit hos.
Menurut Kamalludin, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM56,371.40.
Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan–Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
Topic Berkaitan
#kpdn
#diesel
#aktiviti penyelewengan barang kawalan
#rampasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan