awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN rampas RM11 juta barang kawalan melalui Ops Tiris Bersepadu 4.0

Bernama
Bernama
13/04/2026
09:15 MYT
KPDN rampas RM11 juta barang kawalan melalui Ops Tiris Bersepadu 4.0
Fuziah (dua, kiri) bertanyakan sesuatu kepada pengguna semasa melakukan pemantauan pelaksanaan pematuhan larangan penjualan dan pembelian barang kawalan (Petrol RON 95) di Petronas Jalan Tok Adis, Kuala Ibai, hari ini. - Gambar Bernama
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merekodkan nilai rampasan RM11 juta menerusi Ops Tiris Bersepadu 4.0 yang dilaksanakan bagi tempoh 16 Mac hingga 12 April lepas.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Dr Fuziah Salleh berkata ia hasil 13,759 pemeriksaan di seluruh negara, melibatkan pelbagai komoditi termasuk diesel, petrol dan barang kawalan lain.
Beliau berkata melalui operasi itu, sebanyak 239 kes berjaya dihasilkan dengan 68 individu ditahan atas pelbagai kesalahan.
"Ops Tiris Bersepadu 4.0 melibatkan penguatkuasaan di darat oleh KPDN, di laut dan perairan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sempadan. Pemantauan ini melibatkan kerjasama pelbagai agensi serta penggunaan sistem berasaskan data bagi mengesan transaksi luar biasa secara masa nyata.
"Rampasan melibatkan 865,205 liter diesel, petrol (26,408 liter) dan Gas Petroleum Cecair (26,408 kilogram). Baki kes membabitkan komoditi lain seperti minyak masak, gula dan tepung," katanya selepas membuat tinjauan pematuhan larangan penjualan dan pembelian petrol RON95 di Stesen Minyak Petronas Tok Adis di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah KPDN Terengganu Mohd Mufsi Lat.
Mengenai masalah ketiadaan bekalan diesel di stesen minyak di beberapa negeri yang tular di laman sosial, Fuziah berkata isu tersebut hanya kes terpencil yang melibatkan bekalan bahan api daripada syarikat asing.
Beliau berkata bagi stesen minyak Petronas yang mendapat bekalan dari dalam negara, tidak timbul isu kekurangan atau ketiadaan bekalan memandangkan kerajaan telah berusaha memastikan rakyat tidak terkesan.
"Ada kenyataan daripada pengedar yang mengatakan ia berkaitan dengan bekalan bahan api dari luar atau syarikat asing.
"Kalau kata stesen minyak yang mendapat bekalan dari dalam negara...stesen minyak Petronas memang tidak ada masalah bekalan langsung," katanya.
Sementara itu, beliau berkata sebanyak 368,911 kenderaan telah diluluskan menerima subsidi di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi bermula 10 Jun 2024 hingga 30 Mac lepas.
Fuziah berkata di bawah sistem itu kerajaan mengekalkan kadar subsidi RM1.88 seliter bagi pengangkutan darat awam dan RM2.15 seliter bagi pengangkutan darat barangan demi memastikan rantaian bekalan makanan dan logistik tidak terjejas serta membantu mengawal tekanan inflasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ops tiris 4.0
#diesel
#kpdn
#rantaian bekalan makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan