awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDNHEP ambil tiga langkah hadapi SST bantu rakyat

Bernama
Bernama
18/08/2018
20:58 MYT
KPDNHEP ambil tiga langkah hadapi SST bantu rakyat
Program jualan murah bagi barangan keperluan rakyat terutama di kawasan luar bandar akan dilaksanakan. - Gambar hiasan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengambil tiga langkah untuk menghadapi pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dijangka bermula September bagi membantu rakyat mendepani kos sara hidup.
Menterinya Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata langkah pertama adalah simulasi menjangkakan kesan pelaksanaan SST terhadap barangan pengguna dilakukan dan beliau sendiri telah mengadakan pertemuan dengan pihak Jabatan Perangkaan membincangkan tentang simulasi itu.
"Saya telah mengadakan pertemuan dengan Datuk Dr Uzair (Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzair Mahidin) dari Jabatan Statistik (Perangkaan) yang memberikan taklimat kepada saya tentang bagaimana simulasi kesan SST dilaksanakan. Itu akan membantu kementerian dalam menyusun langkah penguatkuasaan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan simbolik penyerahan 60 lembu sempena sambutan Hari Raya Aidiladha kepada wakil penduduk dan agensi kerajaan dari Parlimen Kulim-Bandar Baharu di Serdang dekat sini pada Sabtu.
Saifuddin berkata langkah kedua pula melibatkan kesiapsiagaan daripada segi pemantauan dan penguatkuasaan di bawah kementeriannya dan semalam bahagian penguatkuasaan telah memberi taklimat kepadanya tentang persiapan Ops Catu yang akan dimulakan setelah SST dilaksanakan.
Beliau berkata langkah ketiga kementerian ialah melaksanakan program jualan murah bagi barangan keperluan rakyat terutama di kawasan luar bandar dengan meminta kerjasama pasar raya besar seperti Giant, Tesco dan Mydin supaya turut serta membantu melaksanakan program itu.
"Justeru, saya telah meminta Datuk KSU (Ketua Setiausaha Datuk Seri Jamil Salleh) kementerian mengadakan perbincangan dengan pasar raya besar," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Cukai Jualan dan Perkhidmatan
#Jabatan Statistik
#jualan murah
#kos sara hidup
#KPDNHEP
#penguatkuasaan
#rakyat Malaysia
#Saifuddin Nasution Ismail
#Simulasi
#SST
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan