awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPM jalan siasatan dalaman, teliti kes pelajar jatuh asrama sekolah - Fadhlina

Bernama
Bernama
26/08/2025
09:46 MYT
KPM jalan siasatan dalaman, teliti kes pelajar jatuh asrama sekolah - Fadhlina
Fadhlina berkata laporan polis telah dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dilaksanakan oleh pihak berkuasa. - Gambar fail/Facebook Fadhlina Sidek
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) telah memulakan proses siasatan dalaman bagi meneliti semua aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di sebuah sekolah di Sabak Bernam berikutan kejadian seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga yang dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolah terbabit.

Ringkasan AI
  • Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek sahkan siasatan dalaman KPM dimulakan berhubung pelajar Tingkatan Tiga terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolah di Sabak Bernam.
  • Pengetua, Penolong Kanan HEM dan warden sekolah dipindahkan sementara ke JPN Selangor sehingga siasatan selesai.
  • Polis sahkan terima laporan dan buka kertas siasatan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Menterinya Fadhlina Sidek berkata laporan polis telah dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dilaksanakan oleh pihak berkuasa.
"Saya mengambil perhatian kemalangan yang melibatkan seorang pelajar di sebuah sekolah di Selangor hari ini. Pelajar berkenaan sedang mendapat rawatan di hospital.
"Saya pastikan siasatan dijalankan secara terperinci semua aspek berkaitan termasuk dakwaan buli dalam kejadian ini. KPM tidak berkompromi dengan sebarang salah laku buli. Tindakan tegas akan diambil sekiranya terbukti kejadian ini melibatkan salah laku buli," katan Fadhlina menerusi hantaran Facebook hari ini.
Sebagai langkah segera, Fadhlina berkata KPM akan menempatkan sementara Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid serta semua warden sekolah berkenaan di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sehingga proses siasatan selesai.
Fadhlina turut menyampaikan doa agar pelajar terbabit diberi kesembuhan segera dan keluarga diberikan kesabaran dalam menghadapi ujian iitu.
Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian seorang pelajar lelaki tingkatan tiga yang dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama sebuah sekolah di Sabak Bernam dan kertas siasatan telah di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dengan siasatan dijalankan dari pelbagai sudut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan KPM
#siasatan dalaman
#pelajar jatuh asrama
#Fadhlina Sidek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan