awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPWKM tangguh peluasan JKMPay sehingga kajian projek rintis selesai

Bernama
Bernama
27/02/2022
23:40 MYT
KPWKM tangguh peluasan JKMPay sehingga kajian projek rintis selesai
KPWKM menangguhkan peluasan Program Rintis Bayaran Bantuan Kewangan Tanpa Tunai atau JKMPay ke negeri atau daerah lain, sehingga Kajian Kebolehlaksanaan Projek Rintis tanpa tunai itu diselesaikan. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menangguhkan perluasan Program Rintis Bayaran Bantuan Kewangan Tanpa Tunai atau JKMPay ke negeri atau daerah lain, sehingga Kajian Kebolehlaksanaan Projek Rintis tanpa tunai itu diselesaikan.
Kementerian itu dalam satu kenyataan pada Ahad menyatakan keputusan tersebut telah dimaklumkan Timbalan Ketua Pengarah (Strategik) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Rosmahwati Ishak, semasa soal jawab Sesi Libat Urus bersama Pertubuhan-Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) Orang Kurang Upaya (OKU), pada Jumaat.
Kenyataan itu menyatakan sesi dua hari di Dewan Perdana Nur, KPWKM Putrajaya bermula 24 Feb itu bertujuan memberi penerangan terhadap pelaksanaan program rintis JKMPay.
"Kementerian mengambil maklum terhadap semua maklum balas dan saranan yang telah dikemukakan untuk penambahbaikan perkhidmatan JKMPay, pada masa akan datang.
"Untuk makluman, hanya seramai 4,722 penerima bantuan baharu dilibatkan dalam program ini (projek rintis), terdiri daripada warga emas, keluarga miskin dan OKU, manakala 519,409 penerima bantuan sedia ada tidak terlibat dan masih kekal menerima keseluruhan bantuan mereka," menurut kenyataan itu.
KPWKM berkata pihaknya sentiasa mengambil maklum terhadap isu-isu berbangkit berkaitan kumpulan sasar, dengan menggunakan pendekatan 'The Whole Government and Whole of Nation', agar penggemblengan tenaga pelbagai pihak seperti PSK, agensi, korporat, pemimpin tempatan dan komuniti dimanfaatkan.
JKMPay dilaksana bermula pada 1 Feb 2021 membolehkan individu menerima 50 peratus daripada jumlah kadar bantuan diluluskan ke dalam akaun Bank Islam Malaysia Berhad, manakala baki 50 peratus akan dimasukkan ke dalam kad tanpa tunai JKMPay.
Bagaimanapun, kaedah itu mendapat bantahan sesetengah pihak termasuk Ahli Dewan Negara yang juga Presiden OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi yang mahukan program itu dihentikan kerana berpendapat ia dibuat tanpa mendapatkan pandangan terlebih dahulu daripada komuniti itu sendiri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jkm
#JKMPay
#Rosmahwati Ishak
#Program Rintis Bayaran Bantuan Kewangan Tanpa Tunai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan