awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis Asia Barat: Trump selar Pope Leo susulan seruan antiperang

Bernama
Bernama
13/04/2026
06:35 MYT
Krisis Asia Barat: Trump selar Pope Leo susulan seruan antiperang
Komen Trump susulan ucapan Leo pada Sabtu apabila beliau menyeru agar peperangan dihentikan dan menggesa para pemimpin dunia untuk menghentikan permusuhan dan mengusahakan keamanan. - Gambar fail/Reuters
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyelar Paus Leo XIV, menggelarkan Pope sebagai "teruk” untuk dasar luar dan "lemah terhadap jenayah" dalam catatan panjang di Truth Social sekali gus meningkatkan ketegangan dengan Vatican, lapor agensi berita Jerman dpa.
Trump pada Ahad mengkritik pendirian Pope mengenai konflik global, berkata beliau tidak mahu Pope yang menganggap Iran memiliki senjata nuklear boleh diterima atau yang menentang tindakan AS terhadap Venezuela. Beliau turut menuduh Leo bersubahat dengan musuh politik dan menggesa Leo membetulkan tindakannya.
Presiden AS itu seterusnya mendakwa bahawa pemilihan Leo sebagai Pope dipengaruhi oleh kewarganegaraan AS, menyatakan bahawa Pope harus "berterima kasih" dan menambah: "Jika saya tidak berada di Rumah Putih, Leo tidak akan berada di Vatican."
Komen Trump susulan ucapan Leo pada Sabtu apabila beliau menyeru agar peperangan dihentikan dan menggesa para pemimpin dunia untuk menghentikan permusuhan dan mengusahakan keamanan. Bercakap semasa upacara doa di Basilika St Peter, Pope mengisytiharkan: "Cukuplah paparan kuasa! Cukuplah perang!"
Leo, yang mengetuai kira-kira 1.4 bilion umat Katolik di seluruh dunia, memberi amaran terhadap "khayalan kemahakuasaan" dan dalam beberapa hari kebelakangan ini telah menggiatkan kritikan terhadap konflik melibatkan Iran, mengutuk ancaman terhadap negara itu sebagai "benar-benar tidak boleh diterima."
AS dan Israel melancarkan kempen pengeboman berskala besar terhadap Iran pada 28 Feb, mendorong Tehran untuk membalas serangan di seluruh Asia Barat, dengan gencatan senjata yang rapuh kini dilaksanakan.
Paus, pemimpin pertama Gereja Katolik kelahiran AS, muncul sebagai pengkritik dasar luar Trump ketika ketegangan memuncak di Asia Barat.
-- BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#Trump
#Paus Leo
#selar
#konflik Asia Barat
#Vatican
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan