awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
Masjid Al-Aqsa dibuka semula untuk solat Jumaat selepas 40 hari ditutup
SPRM teliti dokumen aduan dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis tenaga global: Elak beri kenyataan kelirukan rakyat - PPIM

Bernama
Bernama
09/04/2026
10:09 MYT
Krisis tenaga global: Elak beri kenyataan kelirukan rakyat - PPIM
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menasihatkan semua pihak agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat terutama isu berkaitan krisis tenaga global dan kenaikan harga minyak. - Gambar fail
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menasihatkan semua pihak agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat terutama isu berkaitan krisis tenaga global dan kenaikan harga minyak.
Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata kenyataan yang dikeluarkan tanpa sokongan fakta yang jelas hanya akan menambah keresahan masyarakat terutama dalam mendepani lambakan maklumat palsu dan teknologi kecerdasan buatan (AI) di media sosial.
"(Sebagai pembangkang), mereka menjalankan tugas mereka, tetapi (hujah) mestilah berpaksikan fakta yang jelas. Jika tidak, bila isu ini akan selesai? Akhirnya rakyat yang keliru (susah).
“Kita harap pembangkang melaksanakan kerja dengan mempunyai etika dan faktor yang jelas” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Nadzim berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang semalam yang menyeru umat Islam di negara ini agar tidak terus membiarkan diri ditipu oleh pelbagai helah politik dan ekonomi, termasuk isu kenaikan harga minyak, yang didakwa tidak berasas.
Ahli Parlimen Marang itu menyatakan tiada sebab kukuh untuk harga minyak dinaikkan di Semenanjung Malaysia memandangkan negara ini mempunyai sumber petroleum sendiri dan tidak terlibat dalam sekatan antarabangsa terhadap Iran di Selat Hormuz.
Mengulas lanjut Nadzim berkata kerajaan perlu terus memperkukuh aspek komunikasi bagi memastikan rakyat sentiasa mendapat maklumat terkini, sekali gus mengelakkan penyebaran maklumat palsu.
Sementara itu, beliau turut melahirkan kebimbangan terhadap tindakan segelintir peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang keperluan dengan alasan kenaikan kos bahan api.
Katanya, rakyat perlu melakukan anjakan budaya dengan mengamalkan sikap berjimat cermat dalam penggunaan harian termasuk bekalan air dan elektrik serta mengurangkan pembaziran makanan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PPIM
#krisis tenaga global
#harga minyak
#Abdul Hadi
#kelirukan rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan