awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kritikan terhadap hukuman sebat hanya sementara - MB Terengganu

Bernama
Bernama
04/09/2018
20:46 MYT
Kritikan terhadap hukuman sebat hanya sementara - MB Terengganu
AHMAD SHAMSURI: Masyarakat kena faham prinsip dan undang-undang yang dilaksanakan itu adalah satu mesej kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa amalan seks songsang tidak wajar diamalkan. - fotoBERNAMA / Fail
Kerajaan Terengganu bersikap positif terhadap kritikan segelintir pihak berhubung pelaksanaan hukuman sebat terhadap dua wanita kerana cuba melakukan hubungan seks sejenis, oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu pada Isnin.
Menteri Besar Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar berkata beliau percaya ia bersifat sementara dan mereka akan faham bahawa hukuman yang dikenakan itu adalah untuk mendidik pesalah yang terlibat dalam kegiatan Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT) di negara ini.
"Mereka (masyarakat) kena faham prinsip dan undang-undang yang dilaksanakan itu adalah satu mesej kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa amalan seks songsang tidak wajar diamalkan di negeri Terengganu khususnya dan amnya di negara ini yang mempunyai tatasusila dan norma masyarakat yang beragama Islam.
"Jadi, saya percaya jika masyarakat kita melihat hukuman ini dengan objektif, dengan mata hati dan ilmu serta kefahaman dan bukan dengan emosi mereka boleh terima dan lihat keindahan di sebalik hukuman itu berbanding kaedah sivil yang agak tegas," katanya.
BACA: Dua wanita kes hubungan sejenis dihukum sebat depan khalayak
BACA: Sebat depan khalayak: Air mata tertuduh gugur selepas jalani hukuman
Beliau mengulas mengenai kritikan di media sosial tentang pelaksanaan hukuman sebat itu, selepas Majlis Kesyukuran Meraikan Pasukan Piala Presiden TFC III dan Piala Belia TFC IV di sini pada Selasa.
Sebilangan daripada kritikan itu mendakwa hukuman itu membawa kemudaratan terutama daripada segi psikologi.
BACA: Sebat dalam hukum syarak tidak seperti digembar-gemburkan
BACA: Kehadiran orang awam sewaktu sebatan 'pasangan songsang' perlu dilihat semula
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Shamsuri Mokhtar
#gay
#hubungan sejenis
#Hukuman
#Islam
#kritik
#LGBT
#mendidik
#Menteri Besar
#mudarat
#psikologi
#sebat
#seks
#Songsang
#syariah
#terengganu
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan