Kronologi: Perkembangan selepas tarikh akhir awal Hormuz oleh Trump terhadap Iran

Rentetan ketegangan ketenteraan memuncak di seluruh Asia Barat selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menetapkan tarikh akhir awal kepada Iran untuk membuka semula Selat Hormuz, diikuti dengan lanjutan tempoh berulang kali dan serangan balas yang menyasarkan infrastruktur utama serta aset ketenteraan, lapor Anadolu Ajansi.
Pada 21 Mac, Trump memberi tempoh 48 jam kepada Iran untuk membuka semula selat berkenaan, dengan amaran bahawa tentera AS akan menyerang kemudahan tenaga negara itu jika ia gagal mematuhi arahan diberikan.
Dua hari kemudian, pada 23 Mac, Trump berkata "rundingan yang sangat baik dan produktif" telah berlangsung dan menangguhkan serangan yang dirancang selama lima hari. Pada 27 Mac, beliau melanjutkan lagi tarikh akhir itu sehingga 6 April.
Permusuhan semakin memuncak pada 29 Mac, apabila sebuah pesawat amaran awal E-3 Sentry milik AS mengalami kerosakan di darat semasa serangan udara di Pangkalan Udara Prince Sultan di Arab Saudi.
Pada 2 April, tentera AS dan Israel menyasarkan Jambatan B1 yang menghubungkan Tehran dan Karaj.

