awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kuota matrikulasi: Kritikan membina diperlukan, bukan 'tembak menembak' - Syed Saddiq

Bernama
Bernama
22/05/2019
14:06 MYT
Kuota matrikulasi: Kritikan membina diperlukan, bukan 'tembak menembak' - Syed Saddiq
SYED SADDIQ: Perkara seperti ini harus dibincang dalam Kabinet sebab kita sekarang dalam kerajaan, bukan lagi pembangkang. - Astro AWANI
Kritikan membina sememangnya diperlukan dalam kepimpinan Pakatan Harapan (PH) dan sikap gemar 'tembak menembak' dalam kalangan pemimpin parti sudah tidak patut berlaku kerana gabungan itu kini dalam kerajaan dan bukan lagi pembangkang.
Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata isu berhubung kuota matrikulasi misalnya sudah diputuskan Kabinet dan perkara berkaitannya hanya boleh dibincangkan dalam Kabinet.
"Isu ini sudah dimuktamadkan melalui keputusan konsensus dalam jemaah menteri dan ini merupakan keputusan bersama dan kalau DAPSY (Sosialis Muda DAP) tidak setuju, mereka boleh tanya menteri mereka dalam jemaah menteri.
"Perkara seperti ini harus dibincang dalam Kabinet sebab kita sekarang dalam kerajaan, bukan lagi pembangkang... tembak menembak ini sudah tidak patut berlaku," katanya kepada pemberita selepas program konsultasi dan majlis berbuka puasa bersama belia di Kubang Rotan dekat sini, pada Rabu.
Beliau mengulas tindakan beberapa pemimpin DAP, Gerakan dan MCA yang mengecam Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berhubung kenyataannya yang mengaitkan isu kuota matrikulasi dengan kehendak majikan yang mengutamakan calon fasih bahasa Mandarin.
Syed Saddiq berkata apa yang penting setiap keputusan yang dibuat adalah untuk memastikan semua pihak khususnya nasib anak-anak muda dalam golongan B40 terbela.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#B40
#bahasa Mandarin
#Belia
#DAP
#GERAKAN
#kabinet
#kerajaan
#kritikan
#kuota
#majikan
#Maszlee Malik
#matrikulasi
#MCA
#Pakatan Harapan
#pendidikan
#PPBM
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan