awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Langgar perintah kuarantin, tiga anggota tentera pakai gelang tangan pink ditahan

Bernama
Bernama
18/08/2020
12:45 MYT
Langgar perintah kuarantin, tiga anggota tentera pakai gelang tangan pink ditahan
anggota tentera itu dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22(b) Akta 342 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Tiga anggota tentera dari kem tentera di sini ditahan kerana didapati melanggar perintah kuarantin di rumah yang dikenakan terhadap mereka sebagai sebahagian daripada peraturan operasi standard (SOP) dalam mengawal penularan COVID-19.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata ketiga-tiga mereka yang berumur antara 23 dan 28 tahun, masing-masing berasal dari Kelantan, Melaka dan Johor, didapati tidak mematuhi perintah itu semasa beradai di Jalan Channel pada pukul 3.00 petang semalam.
"Orang awam yang melihat ketiga-tiga mereka di dalam sebuah kereta Proton Saga berwarna putih, masing-masing memakai gelang tangan (tanda perlu kuarantin) di Jalan Channel. Kehadiran mereka di kawasan awam kemudiannya dilaporkan ke ibu pejabat polis di sini, yang kemudiannya menghantar satu pasukan petugas untuk mengesan mereka," katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya semasa diperiksa, anggota tentera yang dipercayai baru kembali ke Sibu itu didapati memakai gelang tangan berwarna putih yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, dan siasatan lanjut mendapati mereka telah diarah menjalani kuarantin di berek, namun sebaliknya tidak dipatuhi mereka.
Beliau berkata anggota tentera itu dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22(b) Akta 342 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#kuarantin
#langgar
#polis
#rumah
#siasatan
#Sibu
#SOP
#tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan