awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga cedera dalam kejadian tembakan di sekolah di Songkhla, Thailand
Putera Mateen dan isteri kongsi gambar puteri sulung
Bekas setiausaha politik bekas KM Melaka, isteri ditahan terima rasuah RM3 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapangan Terbang Lawas ditutup ekoran banjir kilat

Bernama
Bernama
01/11/2022
09:37 MYT
Lapangan Terbang Lawas ditutup ekoran banjir kilat
Penutupan itu dijangka selama tiga hari bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan landasan yang berlumpur akibat banjir berkenaan. - Gambar/ Facebook Info Terkini Sarawak
KUCHING: Lapangan Terbang Lawas yang terletak kira-kira 1,042 kilometer (km) ke utara dari sini, ditutup sementara bermula hari ini susulan banjir kilat semalam.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Datuk Khirudin Drahman berkata penutupan itu dijangka selama tiga hari bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan landasan yang berlumpur akibat banjir berkenaan.
Sementara itu, mangsa banjir di Bintulu yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Suarah Bintulu telah dipindahkan ke PPS Stadium Muhibbah petang ini.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan, kesemua 50 mangsa daripada 15 keluarga itu terpaksa dipindahkan ke lokasi tersebut memandangkan Dewan Suarah Bintulu akan digunakan untuk persiapan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"Mereka yang terjejas itu adalah dari Kampung Kemunting, Kampung Assyakirin, Desa Damai, Kampung Baru dan Bukit Orang," menurut kenyataan itu.
Menurut JPBN sehingga 3 petang tadi seramai 22 penduduk daripada 10 keluarga telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
"JPBN Sarawak akan terus memantau situasi semasa terutamanya di kawasan berisiko banjir bagi memastikan keselamatan penduduk," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Lapangan Terbang Lawas
#banjir lawas
#lawas airport tutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan