awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Larangan penuh penjualan produk vape di Terengganu bermula esok

Bernama
Bernama
31/07/2025
14:33 MYT
Larangan penuh penjualan produk vape di Terengganu bermula esok
Pelaksanaan larangan penuh terhadap penjualan semua produk rokok elektronik (vape) di semua premis perniagaan di Terengganu akan bermula esok. - Foto hiasan
KUALA TERENGGANU: Pelaksanaan larangan penuh terhadap penjualan semua produk rokok elektronik (vape) di semua premis perniagaan di Terengganu akan bermula esok.
Datuk Bandar Kuala Terengganu Datuk Jusman Ibrahim berkata pihaknya telah mengeluarkan notis peringatan kepada semua pengusaha vape hari ini untuk menghentikan sebarang aktiviti jualan atau urus niaga berkaitan.
Beliau berkata bermula minggu depan notis kompaun akan mula dikeluarkan kepada mana-mana pengusaha yang masih degil dan melanggar undang-undang di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
"Minggu berikutnya jika masih ada lagi pihak yang berdegil, tindakan sitaan akan dilaksanakan diikuti tindakan saman mahkamah.
"Pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) tidak akan teragak-agak mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang enggan mengikuti peraturan ditetapkan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Jusman berkata satu mesyuarat penyelarasan antara pihak berkuasa tempatan (PBT) juga akan dijalankan minggu hadapan bagi memperkemas tindakan yang bakal diambil terutama dalam aspek penguatkuasaan.
Pada 23 April lepas kerajaan negeri melalui Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) telah memutuskan larangan penjualan produk vape di semua premis perniagaan dalam kawasan PBT di seluruh Terengganu berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2025.-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#larangan penuh vape
#terengganu
#rokok elektronik
#Jusman Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan