awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki berbekalkan kon trafik rosakkan 35 kereta di casino, kerugian cecah RM277,000

Astro AWANI
Astro AWANI
15/02/2026
23:46 MYT
Lelaki berbekalkan kon trafik rosakkan 35 kereta di casino, kerugian cecah RM277,000
Lelaki itu tidak diberi jamin dan dijadualkan hadir ke Mahkamah Tempatan Downing Centre pada hari yang sama. - Gambar hiasan
Seorang lelaki berusia 42 tahun telah ditahan selepas didakwa menggunakan kon trafik untuk merosakkan 35 buah kereta di kawasan parkir Star Casino, Pyrmont, menyebabkan kerugian dianggarkan sekitar AUD$100,000 (RM277,000)
Menurut polis, insiden bermula sekitar 3.50 pagi Isnin, apabila suspek terlebih dahulu merosakkan palang masuk parkir sebelum menyerang puluhan kereta tidak berpenghuni di dalam kompleks tersebut.
Polis yang tiba di lokasi segera menutup kawasan kejadian dan memulakan siasatan.
Suspek ditemui berhampiran lokasi kejadian dan diberkas.
Dia kemudian dibawa ke Balai Polis Day Street dan dihadapkan dengan 37 pertuduhan memusnahkan atau merosakkan harta benda.
Lelaki itu tidak diberi jamin dan dijadualkan hadir ke Mahkamah Tempatan Downing Centre pada hari yang sama.
Dalam kenyataan ringkas, jurucakap Star Casino menyifatkan kejadian itu sebagai “insiden terpencil” dan enggan mengulas lanjut kerana perkara tersebut kini di bawah siasatan polis.
Topic Berkaitan
#Star Casino
#kon trafik
#rosakkan kereta
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan