awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki hilang lebih 24 jam ditemukan terapung di sungai

Bernama
Bernama
05/02/2022
14:50 MYT
Lelaki hilang lebih 24 jam ditemukan terapung di sungai
Mayat mangsa, yang merupakan anak ketujuh daripada lapan beradik, dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat. - Gambar hiasan
KUANTAN: Mayat seorang lelaki dipercayai mengalami masalah mental ditemukan terapung di Sungai Belat berhampiran Kampung Seri Damai di sini hari ini selepas dilaporkan hilang lebih 24 jam.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata Mohd Redzuan Mohamad, 35, didakwa keluar rumah pada 2 petang semalam dengan menunggang motosikal.
"Ahli keluarga mangsa mendakwa mereka mula mencarinya apabila mangsa tidak pulang selepas beberapa jam namun hanya menemukan motosikal tersebut di jambatan sekitar 6 petang semalam.
"Mayat mangsa ditemukan terapung hari ini kira-kira 200 meter dari lokasi motosikal itu dijumpai sebelum dinaikkan oleh pihak bomba pada 6.20 petang," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mayat mangsa, yang merupakan anak ketujuh daripada lapan beradik, dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pesakit mental
#lemass
#Sungai Belat
#Kuantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan