awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lembaga Disiplin JPA teliti laporan siasatan pemilikan saham Azam Baki - KSN

Bernama
Bernama
10/03/2026
06:35 MYT
Lembaga Disiplin JPA teliti laporan siasatan pemilikan saham Azam Baki - KSN
Shamsul Azri (foto) berkata beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima laporan itu daripada pengerusi jawatankuasa berkenaan yang juga Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar. -Gambar fail/Facebook
Laporan Jawatankuasa Khas Siasatan berkaitan isu pemilikan saham melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki akan diteliti Lembaga Disiplin Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam masa terdekat.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima laporan itu daripada pengerusi jawatankuasa berkenaan yang juga Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar.
"Saya sudah panjangkan laporan itu ke JPA dan kita akan adakan mesyuarat Lembaga Disiplin dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bubur lambuk dan penyerahan Light Operational Vehicle Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Shamsul Azri berkata perkara tersebut juga dijangka dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri esok.
"Kita tunggu esok, kita tunggu keputusan kerajaan," katanya.
Kerajaan sebelum ini menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menyiasat segala dakwaan dan perkara berbangkit yang dikaitkan dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu.
Ia susulan Bloomberg dalam laporannya mendakwa Azam memegang jutaan saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan berdasarkan pemfailan korporat.
Bagaimanapun, Azam pada sidang media baru-baru ini, menegaskan pegangan saham miliknya bernilai RM800,000 dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan dibuat secara telus dan mengikut prosedur.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#siasatan
#SPRM
#Shamsul Azri Abu Bakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan