awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Reedie, tokoh berpengaruh Olimpik dan anti-doping, meninggal dunia pada usia 84 tahun
Konflik Rusia-Ukraine: Dron Ukraine serang terminal minyak Rusia
Sekurang-kurangnya 11 rakyat Palestin terkorban dalam bedilan Israel di tengah Gaza - Sumber
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lesen 34 syarikat jualan langsung dibatalkan - Hamzah

Bernama
Bernama
07/02/2017
08:30 MYT
Lesen 34 syarikat jualan langsung dibatalkan - Hamzah
HAMZAH: Lesen 34 syarikat jualan langsung dan skim piramid (MLM) telah dibatalkan setakat ini kerana menyalahi peruntukan undang-undang. - Gambar fail
Lesen 34 syarikat jualan langsung dan skim piramid (MLM) telah dibatalkan setakat ini kerana menyalahi peruntukan undang-undang.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata kesalahan itu melibatkan aktiviti mempromosi jualan langsung dan skim piramid serta merekrut peserta bagi menyertai skim berkenaan.
"Ini kesalahan yang sangat serius dan kami di kementerian memberi perhatian khusus kepada aduan berkaitan pelanggaran undang-undang seperti termaktub dalam Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993.
"Kami tidak berkompromi dengan syarikat yang gagal mematuhi peraturan itu dan tidak akan teragak-agak membatalkan lesen mereka," katanya selepas menyerahkan lesen jualan langsung kepada 27 syarikat di sini hari ini.
Menurut akta itu, syarikat yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda dan penjara yang sangat berat bergantung kepada jenis kesalahan seperti tidak memiliki lesen sah dan tidak memaklumkan pertukaran alamat premis perniagaan kepada kementerian.
Akta Jualan Langsung 1993 mentakrifkan jualan langsung sebagai jualan dari pintu ke pintu dan jualan pesanan manakala skim piramid pula ialah satu bentuk pelan pemasaran yang menekankan pencarian anggota baharu dalam bentuk penajaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993
#Datuk Seri Hamzah Zainuddin
#MLM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan