awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lori pembancuh simen rempuh dua rumah, pemandu cedera

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
28/06/2022
13:40 MYT
Lori pembancuh simen rempuh dua rumah, pemandu cedera
Semua penghuni rumah yang terbabit dalam kemalangan berkenaan selamat dan tiada kecederaan dilaporkan. - Gambar/ PDRM
TANJUNG MALIM: Seorang pemandu cedera selepas lori pembancuh simen konkrit yang dipandunya terbabas lalu merempuh dua buah rumah di Jalan Bernam 6, Taman Bernam, dekat sini, hari ini.
Lelaki berusia 36 tahun itu mengalami luka di kepala serta lebam di muka dan dirawat di Hospital Slim River.
Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu kira-kira jam 9.55 pagi.
Menurutnya, siasatan awal di lokasi mendapati kemalangan berlaku semasa lelaki berkenaan memandu lori dari kilang Konkrit Unique Mix ke Taman Bernam untuk menghantar simen konkrit.
“Selesai menghantar muatan, dia memandu lori keluar untuk ke tempat lain dan apabila menuruni satu bukit di kawasan perumahan itu, brek lori itu dipercayai mengalami kerosakan lalu terbabas melanggar dua rumah," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Bagaimanapun, katanya kesemua penghuni rumah berkenaan selamat dan tiada kecederaan dilaporkan.
Mohd Hasni berkata, pemandu lori belum membuat laporan kerana masih menerima rawatan di Hospital Slim River.
Bagaimanapun, katanya sampel darah lelaki itu telah diambil dan akan dihantar ke Jabatan Kimia Ipoh untuk dianalisis.
Kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#lori pembancuh simen terbabas
#langgar rumah
#taman bernam
#Tanjung Malim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan