awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LRT laluan Kelana Jaya tergendala akibat gangguan kuasa

Bernama
Bernama
09/10/2025
11:36 MYT
LRT laluan Kelana Jaya tergendala akibat gangguan kuasa
Rapid Rail berkata, kerja-kerja baik pulih sedang dijalankan dan perkhidmatan tren alternatif telah diaktifkan bagi memastikan penumpang dapat meneruskan perjalanan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan tren Rapid KL bagi laluan Kelana Jaya sedang mengalami gangguan bekalan kuasa di landasan antara Stesen Universiti dan Stesen Abdullah Hukum.
Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali rel Rapid KL dalam kenyataan memaklumkan kerja-kerja baik pulih sedang dijalankan dan perkhidmatan tren alternatif telah diaktifkan bagi memastikan penumpang dapat meneruskan perjalanan.
"Perkhidmatan tren alternatif telah diaktifkan iaitu tren dari Putra Heights akan berpatah balik di Taman Jaya; tren perantara antara Stesen Taman Jaya (Platform 2) ke Bangsar (Platform 2) dan tren dari Gombak akan berpatah balik di Bangsar," menurut kenyataan itu.
Rapid Rail turut memohon maaf atas kesulitan yang dialami dan mengucapkan terima kasih atas kesabaran semua penumpang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rapid KL
#klana jaya
#LRT
#gangguan kuasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan