awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lulusan matrikulasi akan peroleh sijil untuk permudah mohon kerja - Mahdzir

Bernama
Bernama
07/06/2016
05:04 MYT
Lulusan matrikulasi akan peroleh sijil untuk permudah mohon kerja - Mahdzir
MAHDZIR: Kementerian akan membentangkan perkara itu kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dalam tempoh terdekat.
Lulusan matrikulasi Kementerian Pendidikan akan dianugerahkan Sijil Matrikulasi mulai tahun ini bagi memudahkan mereka memohon pekerjaan di sektor awam dan swasta, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid. Beliau berkata keputusan itu dibuat bagi memperluaskan pengiktirafan kepada program matrikulasi setelah mengambil kira pelbagai kecemerlangan yang dicapai pelajar di bawah program itu. Pengumuman itu dibuat Mahdzir ketika berucap dalam majlis taklimat sempena Minggu Pengurusan Pelajar Baharu di Kolej Matrikulasi Kedah di Changlun, di sini hari ini.
Bagaimanapun, katanya, keputusan itu hanya terpakai kepada lulusan matrikulasi bermula tahun ini manakala pengeluaran sijil akan dilakukan oleh kementerian sendiri.
"Mengenai proses pengiktirafan sijil berkenaan, kementerian akan membentangkan perkara itu kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dalam tempoh terdekat," katanya.
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan
#lulusan matrikulasi
#Mahdzir Khalid
#pendidikan
#sijil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan