awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia Airlines terima pesawat Boeing 737-8 baharu, penghantaran pertama bagi 2026

Astro AWANI
Astro AWANI
09/04/2026
15:27 MYT
Malaysia Airlines terima pesawat Boeing 737-8 baharu, penghantaran pertama bagi 2026
Malaysia Airlines Bhd menerima sebuah Boeing 737-8 iaitu pesawat ke-15 jenis itu serta penghantaran pertama bagi tahun ini yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada malam Khamis. - Gambar X@MAS
Malaysia Airlines Bhd (MAB) telah menerima sebuah Boeing 737-8 iaitu pesawat ke-15 jenis itu serta penghantaran pertama bagi tahun ini yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada malam Khamis.
Menurut syarikat penerbangan nasional itu, ketibaan pesawat berkenaan menjadi satu lagi langkah bermakna dalam usaha pengembangan kumpulan pesawatnya.
“Tambahan terbaharu ini memaparkan komitmen berterusan kami untuk meningkatkan lagi kecekapan operasi serta merealisasikan perjalanan lebih lancar dan selesa untuk para penumpang,” menurut MAB dalam hantaran di akaun rasmi platform X.
Pesawat berkenaan telah dikendalikan oleh juruterbang iaitu Kapten Reza Abdul Rahim, Kapten Megat Mohd Yasser Mohd Yusoff, Kapten Mohamad Shazreen Sazali, Pegawai Pertama Meor Muhamad Arif Meor Mohd Mahazir dan Aidid Azizul Hashim dengan dedikasi mereka telah membolehkan kelancaran penerbangan itu di ruang udara Malaysia.
“Di sebalik setiap ketibaan adalah usaha tidak kenal penat lelah para jurutera serta pasukan projek pesawat kami...terima kasih kerana telah merealisasikan detik bermakna ini.
"Setiap pesawat baharu ini hanya mendekatkan kami kepada usaha takrifan semula pengalaman perjalanan melalui inovasi bermakna serta kemesraan Hospitaliti Malaysia dan menjadikan perjalanan anda sesuatu yang amat bermakna. Kami menunggu untuk menyambut ketibaan anda,” menurut Malaysia Airlines.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia Airlines
#pesawat baharu
# Boeing 737-8
#penerbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan