awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IEA beri amaran Eropah mungkin hadapi kekurangan bahan api jet dalam beberapa minggu
PM Australia berlepas pulang, akhiri lawatan rasmi ke Malaysia
Konflik Asia Barat: Usah perlekehkan usaha diplomasi Perdana Menteri - Tunku Nashrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia di barisan hadapan dalam tindakan iklim, tadbir urus demokratik Komanwel

Bernama
Bernama
09/03/2026
16:03 MYT
Malaysia di barisan hadapan dalam tindakan iklim, tadbir urus demokratik Komanwel
Timbalan Pesuruhjaya Tinggi British David Wallace. - Foto BERNAMA

Malaysia telah diiktiraf atas peranannya dalam memajukan tindakan iklim dan tadbir urus demokratik dalam kalangan Negara-Negara Komanwel, kata Timbalan Pesuruhjaya Tinggi British David Wallace.

Beliau berkata Malaysia telah lama menjadi anggota penting Komanwel, sambil menambah bahawa ulang tahun ke-70 kemerdekaan negara itu pada tahun hadapan menawarkan peluang untuk meraikan hubungannya dengan negara Komanwel yang lain.

"Malaysia adalah sebuah negara yang berada di barisan hadapan dalam mengambil tindakan iklim dan meningkatkan standard demokrasi, dan saya berpendapat ini menjadi contoh kepada negara lain di seluruh dunia," katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Komanwel di sini semalam.

Hari Komanwel, yang disambut setiap tahun pada Isnin kedua bulan Mac, diraikan tahun ini dengan sambutan Hari Komanwel 2026 bertemakan "Membuka Peluang Bersama untuk Komanwel yang Makmur".

Acara itu dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) Kementerian Luar Datuk Ahmad Rozian Abd Ghani. Turut hadir Presiden Persatuan Komanwel Diraja Malaysia Ramesh NP Chandran dan Pengerusinya Bernice Narayanan.

Mengenai bidang kerjasama antara Malaysia dan negara Komanwel lain yang boleh diterokai, Wallace berkata Malaysia memainkan peranan kepimpinan dalam usaha mengurangkan pelepasan karbon, dengan menyatakan bahawa perubahan iklim boleh memberi impak yang besar.

"Malaysia menunjukkan jalan dengan mengambil tindakan, terutamanya dalam isu yang akan memberi kesan besar kepada beberapa negara kepulauan Pasifik di Komanwel yang amat terdedah kepada perubahan iklim," tambahnya.

Di tengah-tengah ketegangan geopolitik global, Wallace berkata diplomasi kekal sebagai cara terbaik untuk menyelesaikan konflik, sambil menyatakan bahawa Komanwel berfungsi sebagai platform untuk berdialog.

Beliau berkata negara menyertai pertubuhan itu secara sukarela dan bebas bergaul untuk menjadi sebahagian daripadanya, membolehkan ahli membina hubungan dan menangani cabaran global melalui dialog.

Semasa acara tersebut, Wallace membacakan perutusan daripada Raja Charles III kepada Komanwel, yang menekankan kepentingan bekerjasama untuk menangani cabaran global, termasuk teknologi dan perubahan iklim.

"Negara-Negara Komanwel kita mempunyai potensi yang belum diterokai untuk perdagangan yang makmur antara rakan kongsi yang saling mempercayai. Dengan hampir dua pertiga daripada penduduk kita berumur di bawah 30 tahun, kita adalah sebuah keluarga yang ditentukan oleh golongan muda dan kemungkinan. Adalah menjadi tanggungjawab bersama kita untuk memastikan mereka bukan sahaja mewarisi harapan dan cita-cita, tetapi juga dunia yang mereka boleh berkembang maju.

"Warisan itu bergantung kepada kesihatan planet kita dan pemulihan alam semula jadi yang kita harapkan. Di banyak bahagian Komanwel kita, perubahan iklim bukanlah ancaman abstrak atau jauh, tetapi realiti yang dialami.

"Pengurusan alam semula jadi, perlindungan lautan dan hutan, serta usaha mengejar kemakmuran yang dijamin selaras dengan alam semula jadi adalah tugas yang kita berhutang bukan sahaja antara satu sama lain, tetapi kepada generasi yang belum lahir," menurut perutusan itu.

Baginda menambah bahawa bekerjasama akan memastikan Komanwel terus berdiri sebagai kekuatan untuk kebaikan - berasaskan komuniti, diperkaya oleh budaya, komited terhadap kemampanan dan bersatu dalam persahabatan serta perkhidmatan kepada rakyatnya.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Hari Komanwel
#David Wallace
#negara Komanwel
#tindakan iklim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan