awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IEA beri amaran Eropah mungkin hadapi kekurangan bahan api jet dalam beberapa minggu
PM Australia berlepas pulang, akhiri lawatan rasmi ke Malaysia
Konflik Asia Barat: Usah perlekehkan usaha diplomasi Perdana Menteri - Tunku Nashrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia harap usaha gencatan senjata Afghanistan-Pakistan bawa kestabilan berkekalan - PM Anwar

Bernama
Bernama
27/03/2026
01:50 MYT
Malaysia harap usaha gencatan senjata Afghanistan-Pakistan bawa kestabilan berkekalan - PM Anwar
Dalam perbualan telefon bersama pemangku Perdana Menteri Afghanistan, Mullah Mohammad Hasan Akhund, Perdana Menteri Anwar berbincang perkembangan semasa di rantau Asia Selatan dan sekitarnya, khususnya ketegangan Afghanistan-Pakistan serta usaha gencatan

Malaysia berharap usaha gencatan senjata antara Afghanistan dan Pakistan dapat diterjemah ke arah kestabilan berkekalan yang berpaksikan nilai ihsan dan ukhuwah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, perkara itu disuarakan dalam perbualan telefon bersama pemangku Perdana Menteri Afghanistan, Mullah Mohammad Hasan Akhund mengenai perkembangan semasa di rantau Asia Selatan dan sekitarnya, khususnya ketegangan Afghanistan-Pakistan serta usaha gencatan senjata melibatkan kedua-dua negara.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata, Malaysia juga akan terus berperanan aktif melalui Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam menilai isu pengiktirafan pihak berkuasa semasa Afghanistan (de facto), dengan penegasan terhadap prinsip keadilan, keterangkuman serta pemeliharaan hak wanita dan golongan minoriti, selain memastikan akses kepada pendidikan.

“Pendekatan Malaysia kekal berpaksikan keseimbangan antara prinsip dan pragmatisme yakni menyemarak harapan, membina keyakinan, dan mempertunjukkan kepimpinan sebagai wahana damai dalam dunia yang semakin kacau,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata, Malaysia turut konsisten dalam mendukung segala usaha dan ikhtiar diplomasi, termasuk yang telah digerakkan negara sahabat seperti Arab Saudi, Qatar dan Turkiye.

“Dalam konteks yang sama, bantuan kemanusiaan terus diperkasa melalui kerjasama strategik bersama Global Peace Mission dan MERCY Malaysia yang antaranya mencakup pembaikan prasarana pendidikan, latihan kepakaran perubatan serta kesiapsiagaan bencana dan malapetaka.

“Justeru, segala inisiatif ini mencerminkan iltizam Malaysia dalam menyemarak solidariti dalam kalangan ummah secara tuntas dan berkesan,” kata Anwar.

Semasa perbualan telefon itu, beliau turut mengambil kesempatan menyampaikan ucapan Aidilfitri kepada pemimpin berkenaan dan rakyat Afghanistan.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Malaysia
#Afghanisan
#Pakistan
#gencatan senjata di Sudan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan