awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
Masjid Al-Aqsa dibuka semula untuk solat Jumaat selepas 40 hari ditutup
SPRM teliti dokumen aduan dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia pelawa Jepun meningkatkan nilai rantaian semikonduktor - Sim

Malekah Aisyah
Malekah Aisyah
31/03/2026
05:15 MYT
Malaysia pelawa Jepun meningkatkan nilai rantaian semikonduktor - Sim
Sim berkata Malaysia menggalakkan pelabur Jepun mendapatkan bekalan daripada pembekal tempatan melalui penggunaan mesin dan perkhidmatan Malaysia, di samping membina perkongsian jangka panjang. - Gambar Sinar Harian
Malaysia menggesa pelabur Jepun supaya memperkukuh penglibatan mereka dalam ekosistem semikonduktor negara dan melangkaui aktiviti pemasangan dengan meneroka segmen bernilai tinggi seperti reka bentuk litar bersepadu, pembungkusan termaju, penyelidikan dan pembangunan (R&D), sektor hijau serta pembangunan bakat tempatan.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Sim Tze Tsin, berkata Malaysia menggalakkan pelabur Jepun mendapatkan bekalan daripada pembekal tempatan melalui penggunaan mesin dan perkhidmatan Malaysia, di samping membina perkongsian jangka panjang.

“Ini bukan sekadar mengenai kecekapan kos, tetapi tentang mewujudkan nilai bersama serta memperkukuh daya tahan rantaian bekalan.

“Laburlah dalam ekosistem tempatan kami. Bekerjasama dengan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia, bangunkan pembekal tempatan, dan pindahkan bukan sahaja teknologi, malah amalan pengurusan yang telah menjadikan industri Jepun bertaraf dunia,” katanya ketika berucap pada Seminar Kerjasama Perindustrian Jepun-Malaysia hari ini.

Beliau berkata dasar perindustrian Malaysia menunjukkan penjajaran kukuh dengan keutamaan strategik Jepun, termasuk 17 bidang strategik yang digariskan dalam strategi pertumbuhan Jepun, khususnya dalam sektor semikonduktor, transformasi hijau dan keselamatan ekonomi, yang membuka peluang besar untuk kerjasama.

Seiring dengan pandangan Sim, Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata Malaysia menjemput atau menggalakkan pelabur dari Jepun untuk meningkatkan tahap penglibatan dan aktiviti mereka di Malaysia,

“Kedua, Malaysia menawarkan kejelasan dan konsistensi dasar. Ketiga, kerjasama MIDA-MUFG serta rangkaian JACTIM diwujudkan bagi membuka peluang, khususnya kepada PKS Jepun. Jadi, manfaatkan rangkaian ini,” katanya.

Jepun kekal sebagai antara pelabur utama Malaysia setakat akhir 2025, dengan pelaburan diluluskan berjumlah RM142.9 bilion merangkumi lebih 3,800 projek, yang telah mewujudkan hampir setengah juta peluang pekerjaan.

Daripada jumlah itu, lebih 2,800 projek telah dilaksanakan, mencerminkan komitmen berterusan syarikat Jepun terhadap Malaysia.

Tengku Zafrul turut memaklumkan bahawa konflik di Asia Barat telah menyebabkan harga tenaga meningkat mendadak, dengan kesannya kini dirasai merentas pelbagai sektor, termasuk bahan kimia dan logam yang menyokong pengeluaran semikonduktor serta rantaian bekalan yang menggerakkan ekonomi Asia.

Beliau berkata situasi ini menuntut kejelasan mutlak dalam kalangan syarikat Jepun mengenai lokasi penetapan rantaian bekalan serantau mereka, sambil menegaskan bahawa Malaysia dan Jepun sudah mempunyai hubungan, penjajaran strategik serta sejarah kerjasama yang kukuh.

“Malaysia tidak meminta syarikat Jepun untuk mempertaruhkan potensi, sebaliknya untuk bersandar pada bukti-bukti yang berasaskan lima dekad perkongsian kukuh yang telah berulang kali diuji oleh masa.

“Mereka juga boleh menjadikan hala tuju dasar Malaysia yang jelas sebagai asas kepada fasa pertumbuhan seterusnya,” katanya.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#semikonduktor
#ekonomi
#hala tuju dasar
#pelabur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan