awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, Thailand bincang isu kesihatan rentas sempadan

Bernama
Bernama
20/08/2024
09:34 MYT
Malaysia, Thailand bincang isu kesihatan rentas sempadan
Lukanisman berkata persidangan bagi membolehkan pihak-pihak terlibat di Malaysia dan Thailand untuk merancang kerjasama yang boleh dilakukan ke arah mewujudkan persekitaran kesihatan baik. - Foto Bernama
GEORGE TOWN: Persidangan Saintifik Kesihatan Sempadan Malaysia-Thailand ke-34 yang diadakan di sini hari ini menjadi platform penting buat kedua-dua negara untuk berbincang mengenai pelbagai isu berkaitan kesihatan rentas sempadan.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata ia juga bagi membolehkan pihak-pihak terlibat di Malaysia dan Thailand untuk merancang kerjasama boleh dilakukan ke arah mewujudkan persekitaran kesihatan baik yang menjadi asas kepada kemakmuran setiap aspek kehidupan.
"Objektif utama mesyuarat ini adalah untuk meningkat dan mengeratkan kolaborasi antara Malaysia dan Thailand, terutama di sempadan negara dengan memperkukuhkan perkongsian sumber bagi memastikan pengurusan isu kesihatan sempadan yang lebih selamat dan berkesan.
"Melalui kerjasama dan usaha ini, diharapkan ia dapat meningkatkan kualiti kesihatan dan keselamatan di sempadan serta memberi manfaat bersama bagi kedua-dua negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan itu di sini hari ini.
Turut hadir Penyelia Kesihatan Wilayah 12, Kementerian Kesihatan Awam Thailand Dr. Sombat Phadungvitvatthana.
Bertemakan 'Merapatkan Sempadan untuk Komuniti Lebih Sihat', Lukanisman berkata antara isu yang akan dibincangkan pada mesyuarat kali ini adalah meningkatkan kerjasama kesihatan rentas sempadan, pemantauan dan kawalan penyakit serta akses kepada penjagaan kesihatan dan pemindahan pesakit selain pertukaran maklumat dan amalan terbaik serta menangani cabaran kesihatan awam.
Mesyuarat tahunan itu menghimpunkan seramai 240 delegasi Malaysia yang terdiri daripada pegawai kesihatan dari Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan, manakala Thailand pula dihadiri pegawai dari Songkhla, Yala, Satun dan Narathiwat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Persidangan Saintifik Kesihatan Sempadan Malaysia-Thailand
#Lukanisman Awang Sauni
#isu kesihatan rentas sempadan
#Kementerian Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan