awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Kedah terus meningkat, cecah 2,873 mangsa

Bernama
Bernama
24/09/2017
02:57 MYT
Mangsa banjir di Kedah terus meningkat, cecah 2,873 mangsa
Mereka terpaksa dipindahkan berikutan jumlah aliran air yang banyak dari hulu ke muara sungai tidak dapat ditampung oleh sistem saliran yang ada. - Gambar fail
Jumlah mangsa banjir kilat di Kedah pagi ini terus meningkat kepada 2,873 orang berbanding 2,280 orang malam tadi.
Menurut kenyataan Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), jumlah itu meningkat berikutan air naik di beberapa bahagian kawasan pedalaman di daerah Pokok Sena, Kuala Muda, Kota Setar, Kubang Pasu dan Pendang.
Mereka terpaksa dipindahkan berikutan jumlah aliran air yang banyak dari hulu ke muara sungai tidak dapat ditampung oleh sistem saliran yang ada dan diburukkan lagi dengan sistem perparitan yang tersumbat dan cetek menyebabkan kawasan yang rendah dinaiki.
Kesemua mereka ditempatkan di 21 pusat pemindahan berbanding 17 pusat yang dibuka sebelum ini dan daripada jumah itu, 14 dibuka di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu.
Antaranya ialah Pusat Pemindahan (PP) Sekolah Kebangsaan Titi Gajah, Alor Setar membabitkan 228 orang mangsa, PP Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Seberang Perak (13), PP Dewan Wawasan Kampung Kelompang (30), PP Surau Assyakirin, Kepala Batas (75), PP SK Alor Mengkudu (101), PP SK Bukit Pinang (25), PP Dewan Taman Sri Bagan (94), dan PP SK Seri Gunung (92).
Selain itu, mangsa banjir berkenaan juga ditempatkan di PP SK Kodiang Lama (49), PP Dewan Kampung Lahar (112), PP SMK Mahawangsa (496), PP Dewan Tokong Cina (145), Dewan Kubur Siam (303), dan PP Dewan Lubuk Batu (105) di daerah Kubang Pasu.
Pusat pemindahan lain yang masih beroperasi ialah di Pokok Sena membabitkan PP SK Bukit Hijau yang membabitkan jumlah mangsa teramai iaitu 400 orang, Madrasah Maahd Tarbiyah (113), Dewan Kampung Permatang Limau (35) , Surau Kampung Menerong (18) dan Dewan Lubuk Keriang seramai 66 orang mangsa.
Lebih 100 mangsa banjir kilat ini juga ditempatkan di PP Dewan Kampung Sungai Pial di Kuala Muda dan 260 mangsa di PP Dewan Rakan Sukan Tanah Merah di daerah Pendang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Kedah
#Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan